Wednesday, July 29, 2015
Rani Kulup Suruh Muhyiddin Balik Pagoh Dan Jaga Kawasan
Selepas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana 
Menteri, Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani 
Kulup Abdullah menasihati bekas timbalan perdana menteri itu agar tidak 
bersedih.
Rani Kulup berkata, Muhyiddin harus kuat dan perlu mengawal emosi dengan
 keputusan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Tambahnya, Muhyiddin perlu bersabar dan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
"Setiap benda yang berlaku jangan sampai terbawa-bawa. Terimalah 
keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Muhyiddin harus bersabar dan 
jangan bersedih, rilek saja," kata Rani kulup.
Rani kulup terus menasihati Muhyiddin dengan mengatakan, bekas perdana 
menteri itu perlu kuat kerana penyokongnya di negeri Johor masih 
memerlukannya sebagai wakil rakyat di negeri itu.
Jelasnya, walaupun Muhyiddin tidak mempunyai jawatan dalam pentadbiran 
negara, beliau masih mempunyai jawatan dalam parti serta menjadi wakil 
rakyat di negeri Johor..
"Setelah tidak berjawatan lagi, baliklah ke kawasan di Pagoh, jaga elok-elok rakyat Johor dan jaga parti," katanya.
Rani Kulup turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Muhyiddin kerana
 jasanya selama menjadi Timbalan Perdana Menteri banyak menyumbang 
kepada pembangunan negara serta membela nasib rakyat.
"Muhyiddin seorang yang berpengetahuan luas serta memiliki idea yang 
bernas dalam menyumbang untuk pembangunan negara serta membela nasib 
rakyat," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment