Tuesday, July 28, 2015
Tahniah DS Zahid Hamidi Atas Lantikan Sebagai TPM Malaysia Yang Baru
Perdana Menteri sebentar tadi mengumumkan Dato Seri Zahid Hamidi sebagai
Timbalan Perdana Menteri yang baru bagi menggantikan TS Muhyidin Yasin.
Dato Seri Zahid Hamidi yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Dalam
Negeri, turut kelihatan berada di sisi Perdana Menteri ketika pengumuman
dibuat.
Difahamkan, keputusan oleh Perdana Menteri tersebut di buat atas dasar
kepentingan kerajaan selepas mengambil kira pertimbangan politik dari
pelbagai aspek.
Turut digugurkan didalam senarai kabinet yang baru ini adalah DS Shafie
Apdal yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar.
Ketika ditemui, Timbalan Perdana Menteri yang baru iaitu DS Ahmad Zahid
Hamidi mengucapkan terima kasih serta bersyukur kerana diberikan
kepercayaan oleh Perdana Menteri.
Beliau juga menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan
Agong, Tuanku Abdul Halim kerana memperkenankan perlantikan beliau
sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru.
Menurut Ahmad Zahid, beliau menganggap perlantikan ini sebagai satu
amanah serta tanggungjawab yang perlu digalas sebaik mungkin demi
negara, orang melayu serta bangsa di Malaysia.
Beliau juga berjanji serta akan bersama-sama berjuang dengan rakan-rakan
didalam barisan kepimpinan yang baru ini, untuk memastikan kerajaan
yang stabil serta berkualiti tinggi kepada rakyat.
Tahniah DS Zahid Hamidi. Tahniah DS Najib Razak!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment