 
 Thursday, July 30, 2015
Mukhriz Nafi Terbabit, Tapi Sahkan Dakwaan MYKMU Tahu Perakam Video
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir 
menafikan beliau berpakat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
 Muhyiddin Yassin, membuat maklumat palsu bahawa RM 2.6 bilion 
dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri. 
 
 
“Saya ada dalam majlis tersebut tetapi saya tidak bercakap apa-apa 
pun. Saya tidak boleh menghalang tuan rumah bercakap dengan tetamunya,” 
kata Mukhriz kepada Sin Chew Daily dan dipetik oleh Malaysiakini.
Rakaman video perbualan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri 
Muhyiddin Yassin dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang disiarkan oleh 
Malaysiakini menunjukkan Muhyiddin yang mendakwa wang sebanyak USD 700 
juta milik 1MDB masuk ke dalam akaun Perdana Menteri. 
Dalam video 
tersebut turut kelihatan Mukhriz tetapi beliau tidak mengambil apa-apa 
bahagian dalam perbualan tersebut.
Semalam pemberita bertanya samada
 Mukhriz bersengkongkol dengan Tan Sri Muhyiddin bagi memberi maklumat 
tidak benar kepada Tun Mahathir Mohamad mengenai Perdana Menteri Mohd 
Najib Razak. 
Dalam laporan semalam kami juga menulis, “Dakwaan Muhyiddin bahawa 
Perdana Menteri mengakui wang 1MDB sebanyak RM 2.6 bilion dimasukkan ke 
dalam akaun peribadi beliau merupakan satu pembohongan dan mungkin 
dirancang oleh kumpulan ini sendiri. 
Video tersebut dirakam ketika 
perbualan beberapa orang sahaja, mustahil mereka tidak menyedari siapa 
yang merakamnya.”
Mukhriz hari ini mengakui kepada wartawan bahawa 
beliau mengetahui siapa perakam terbabit tetapi enggan memberitahu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment