Wednesday, July 29, 2015
Motif Kehadiran Mukhriz Ke Rumah Muhyiddin Semalam Menjadi Tanda Tanya...
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat hadir ke 
kediaman bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin kira-kira jam 
8.35 semalam.
Beliau kemudiannya terus memasuki rumah berkenaan tanpa berkata apa-apa 
kepada wakil media yang telah menunggu di situ sejak petang.
Beberapa minit sebelum itu, Muhyiddin keluar untuk pertama kalinya sejak
 digugurkan dari kabinet Datuk Seri Najib Razak mengucapkan terima kasih
 kepada rakan media dan mereka yang mengunjungi beliau.
"Saya cuma nak nyatakan saya telah pun mengeluarkan kenyataan saya dan 
media pun telah melaporkan apa yang telah berlaku dan bagaimana 
kenyataan yang telah saya keluarkan petang tadi. Dan saya tak akan beri 
kenyataan baru.
"Saya akan maklumkan esok jam 11 pagi saya jemput semua media datang 
sini dan di situ nanti saya akan jelaskan apa-apa pertanyaan persoalan 
yang dikemukakan oleh saudara-saudara sekalian sama ada media tempatan 
atau antarabangsa.
“Itu saja saya nak sebutkan," kata beliau sebelum kembali ke rumahnya.
Mukhriz sebelum ini menjadi sasaran kritikan di media sosial kerana 
dikatakan lebih menyokong bapanya Tun Mahathir berbanding Perdana 
Menteri yang juga Presiden UMNO. 
Muhriz juga pada satu ketika didesak agar menyatakan pendirian sama ada 
setia dipihak Perdana Menteri ataupun memihak kepada bapanya yang 
semakin lantang mengutuk pentadbiran kerajaan.
Mukhriz bagaimanapun memilih untuk bermain "jalan selamat" apabila 
menyatakan beliau menyokong kepimpinan DS Najib Razak dan juga 
menghormati Tun Mahathir sebagai bapanya.
Dengan kehadiran Mukhriz di kediaman Muhyidin selepas bekas Timbalan 
Perdana Menteri itu dipecat, apakah ia menunjukkan bahawa Mukhriz 
bersetuju dengan "serangan" terhadap kerajaan yang dilakukan oleh 
Timbalan Presiden UMNO tersebut?
Ataupun adakah Menteri Besar Kedah tersebut mahu sekali lagi bermain 
"jalan selamat" dengan menyatakan beliau hanya berziarah dan mahu 
berterima kasih terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri yang banyak 
berjasa pada negara?
Hanya anak lelaki Tun Mahathir tersebut yang tahu jawapannya...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment