Thursday, July 30, 2015
MH370: Terlalu Awal Untuk Spekulasikan Penemuan Serpihan
PETALING JAYA : Orang ramai diminta supaya tidak mempunyai sebarang 
spekulasi mengenai penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion yang 
terletak di luar pantai timur Afrika.
"Merujuk kepada laporan penemuan sebuah flaperon pesawat di Pulau 
Reunion, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk 
mengesahkan perkara itu.
"Buat masa ini, masih terlalu awal bagi syarikat penerbangan untuk 
membuat spekulasi mengenai penemuan flaperon itu," kata syarikat 
penerbangan itu dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis.
Terdahulu, serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion pada Rabu 
menimbulkan spekulasi bahawa ia mungkin milik pesawat Penerbangan 
Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.
Serpihan sepanjang dua meter itu, seolah-olah menyerupaikan bahagian 
sayap, ditemui orang awam semasa membersihkan kawasan pantai.
"Ia dipenuhi cengkerang, jadi seseorang mengatakan ia mungkin berada di dalam air terlalu lama," kata seorang saksi.
Pegawai pengangkutan udara Perancis sudah membuka kertas siasatan bagi menyiasat lokasi sebenar serpihan pesawat tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment