Wednesday, July 29, 2015
Isteri Wakil Rakyat PAS Kelantan Perlu Persoal Status Diri
SHAH ALAM : Isteri kepada wakil rakyat PAS di Kelantan yang mahu
menyertai parti Gerakan Harapan Baru (GHB) perlu mempersoalkan status
perkahwinan mereka dan tidak mendiamkan diri begitu sahaja.
Ini kerana suami mereka sudahpun disahkan mengangkat sumpah bai'ah
bersama PAS setiap kali pilihan raya berlangsung, sebagai tanda taat
setia pada parti.
Sumpah itu secara jelas menyatakan jika mana-mana wakil rakyat PAS
bertindak menyertai parti lain, maka jatuhlah talak tiga kepada isteri
masing-masing.
Perkara itu sudahpun dijelaskan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh sebelum ini.
"Dari sudut berbai'ah taklik, maka jatuh hukum itu kerana hukum cerai ini terletak pada suami.
"Jadi bagi isteri, jangan berdiam diri dan bawa perkara ini ke pejabat agama atau mahkamah," katanya, dipetik Sinar Harian.
Umum mengetahui bahawa terdapat beberapa wakil rakyat PAS Kelantan yang
secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada GHB namun masih
tidak mahu meninggalkan PAS.
Tindakan mereka ini dipersoalkan oleh kebanyakan pihak tambahan mereka sudah berbai'ah bersama PAS.
Antaranya Ahli Parlimen Kuala Kerai, Dr. Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.
Hakikat yang tidak dapat dinafikan wakil rakyat PAS Kelantan adalah,
pada pilihan raya umum 2004, 2008 dan 2013 mereka sudahpun berbai'ah
dengan 'mencagarkan' rumahtangga mereka iaitu jatuh talak tiga terhadap
isteri-isteri masing-masing seandainya melompat parti atau meninggalkan
parti.
Nik Zawawi dalam pada itu menggesa isteri kepada semua wakil rakyat PAS
menasihatkan suami mereka supaya kembali ke pangkal jalan dan melihat
semula lafaz bai'ah yang dibuat sebelum ini.
"Isteri memainkan peranan penting memberikan nasihat supaya tidak
melakukan tindakan yang tidak beretika dan tidak bermoral dalam konsep
perjuangan ini.
"Hatta jika kita lihat orang bukan Islam berjuang, mereka tidak
berganjak daripada dasar mereka walaupun ia sebuah parti Komunis. Jadi
kalau kita yang dakwa membawa perjuangan Islam tetapi melakukan perkara
sebaliknya, ini satu benda tidak patut berlaku.
"Jadi bagi isteri-isteri mereka, saya kira mereka adalah individu yang
paling rapat dengan suami, pujuk, nasihatkanlah mereka kerana akibatnya
sangat-sangat buruk bagi mereka yang langgar taklik. Dalam rumah tangga
tidak ada keberkatan, anak-anak tidak ada keberkatan dan akan
menyusahkan mereka sendiri," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment