
Thursday, July 30, 2015
Kertas Pertuduhan Ke Atas Najib Adalah Palsu – Pejabat Peguam Negara
Pejabat Peguam Negara menafikan deraf Kertas 
Pertuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan 
Datuk Shamsul Anuar bin Sulaiman yang disebarkan di laman-laman sosial 
merupakan dokumen dari pejabat mereka.
“Dokumen tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata,” kata sumber Pejabat Peguam Negara ketika dihubungi sebentar tadi.
 

Hari ini beberapa portal berita mula memaparkan apa yang mereka dakwa
 sebagai deraf kertas pertuduhan ke atas Perdana Menteri menyeleweng 
Wang Kumpulan Amanah Pencen (KWAP) melalui SRC International.
Portal SarawakReport yang menerbitkan dokumen tersebut mendakwa deraf
 tersebut menjadi punca Tan Sri Ghani Patail dipecat isnin lalu. 
Menurut sumber, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.
Sementara itu dari penyelidikan kami juga mendapati kertas pertuduhan
 tersebut bukan format biasa Pejabat Peguam Negara yang sepatutnya 
mempunyai nama lengkap dan no kad pengenalan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment