Wednesday, July 29, 2015

Kan Senang Cerita Tu...Mat Sabu Mengaku GHB Alat DAP

28 Julai 2015, Ipoh : Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengakui Gerakan Harapan Baru (GHB) diperalat oleh DAP, malah inisiatif ke arah penubuhan parti Islam baharu itu saling memperalat antara satu sama lain dengan sekutu parti pembangkang.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan, paling penting, Gerakan Harapan Baru menjadi alat kepada rakyat untuk berjuang melakukan perubahan bagi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Mereka kata Harapan Baru ini dibiayai, diperalat oleh DAP. Ada juga pemimpin mengatakan Harapan Baru ini berwalikan DAP. Adoi, hinanya aku ini! Hadirin sekalian, tapi kita ini jenis kena ISA (ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri) dua kali. Torture (seksaan) macam itu, tok guru tak hairan la. Namun, kalau nak ikutkan torture itu, memang berat hadirin sekalian.

“Kita memang alat dan memperalat satu sama lain. DAP peralat kami, kami peralat DAP. DAP peralat PKR, PKR peralat DAP. Semua kita alat dan memperalat, yang pentingnya, kita hendak menumbangkan UMNO dan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramah Jelajah Perdana Harapan Baru Peringkat Negeri di Kampung Manjoi di sini yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin utamanya termasuk Salahuddin Ayub iaitu bekas Naib Presiden Pas.

Dalam pada itu, Mat Sabu yakin bahawa Gerakan Harapan Baru yang diisytihar akan bekerjasama dengan DAP, PKR dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), turut diintai oleh beberapa bekas menteri untuk menganggotainya.

“Barangkali mereka melihat Tan Sri Muhammad Muhd. Taib (bekas Menteri Besar Selangor) bersama kita. Mereka kata, kami boleh ke tidak? Saya kata boleh, sesiapa sahaja boleh. Tun (Dr.) Mahathir Mohamad pun boleh. Tapi kalau masuk lewat, duduk di belakang.

“Bagi kita hadirin sekalian, muafakat politik ini sahaja boleh memecahkan hegemoni UMNO dan BN. Lain cara tidak boleh. Kita akan dapat pahala besar bila tumbangkan UMNO dan BN sebab banyak perkara yang boleh kita buat apabila kita memperoleh kuasa,” katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment