Wednesday, July 29, 2015
Apa Motif Kerajaan DAP Pulau Pinang Lengahkan Kelulusan Projek 36,370 Unit Rumah Untuk Rakyat?
29 Julai 2015, George Town : Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau 
Pinang (MTPNPP) meminta kerajaan negeri pimpinan Dap meluluskan 30 
projek perumahan melibatkan lebih 36,370 rumah mampu milik di negeri 
ini, demi kepentingan rakyat.
Pengerusi MTPNPP Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata beberapa isu 
yang dipertikai kerajaan negeri sebelum ini, telah diperjelas melalui 
pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar 
dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo, Disember lepas.
“Bagaimanapun, sehingga kini kerajaan negeri belum meluluskan 
permohonan Pelan Kebenaran Merancang bagi 9,000 unit rumah mampu milik 
yang dihantar sejak 2013.
“Jadi minggu lepas, sekali lagi saya hantar surat kepada Ketua 
Menteri Lim Guan Eng untuk bertemu dengan beliau bagi mencari jalan 
penyelesaian supaya kelulusan membina rumah-rumah berkenaan terutama 
fasa pertama sebanyak 9,000 unit rumah mampu milik,” selepas mesyuarat 
MTPNPP, di sini Selasa.
Beliau berkata enam agensi kerajaan persekutuan yang terlibat dalam 
projek pembinaan rumah-rumah itu bukan mahukan pengecualian 
syarat-syarat khas daripada kerajaan negeri, sebaliknya hanya mahu pihak
 terbabit meluluskan pelan kebenaran merancang supaya projek-projek itu 
boleh dijalankan.
Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang
 berkata pihaknya juga mempunyai tanah dan peruntukan sendiri untuk 
pembinaan projek perumahan berkenaan dan bukan mahu meminta bayaran 
daripada kerajaan negeri.
“Kalau projek 9,000 unit rumah itu dapat kelulusan cepat, pembinaan 
projek berkenaan boleh dimulakan secepat mungkin. Pembinaan rumah-rumah 
itu adalah demi kepentingan rakyat di Pulau Pinang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin berkata kerajaan persekutuan 
memperuntukkan RM250 juta bagi membina Hospital Bersalin Pulau Pinang 
yang baharu di tapak lama untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan 
kepada orang ramai.
Beliau berkata kerja merobohkan bangunan lama sedang dijalankan dan 
pembinaan bangunan baharu dijangka bermula hujung tahun ini dan bakal 
siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.
“Selain itu, sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk projek menaik 
taraf meliputi pembinaan bangunan baharu sembilan tingkat Hospital 
Seberang Jaya yang dijangka siap akhir 2018,” katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment