Wednesday, July 29, 2015
Najib Lebih Kejam Dari Hitler Kerana Gugurkan Muhyiddin?
EDITOR MENULIS...
29 JULAI 2015
Jika namanya pembangkang bernama DAP, PKR dan PAS di Malaysia, rasanya
mungkin mereka tidak dapat dipisahkan untuk memberi gelaran yang
buruk-buruk terhadap kepimpinan negara yang diterajui Barisan Nasional,
khususnya UMNO.
Jika dulu Tun Dr Mahathir mereka gelar dengan nama panggilan Maha-Firaun
dan Maha-Zalim, yang terkini menjadi mangsa mereka adalah Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sebagai Adolf
Hitler.
Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP, Steven Sim Chee Keong semalam
memberikan gelaran tersebut kepada Najib dan menyifatkan beliau sama
kejamnya seperti pemimpin rejim Nazi yang zalim itu.
Gelaran itu diberikan ketika mengulas tindakan Najib menggugurkan Tan
Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Saya tertanya-tanya, entah bagaimana DAP boleh melantik Chee Keong
sebagai "Pengerusi Pendidikan Politik". Pendidikan jenis apakah agaknya
yang diajar Chee Keong kepada "murid-murid" di dalam DAP? Siapa boleh
teka?
Mungkinkah dia mendidik ahli DAP untuk menjadi kurang ajar sepertinya?
Mungkinkah dia mendidik ahli DAP untuk bersikap biadap sepertinya? Atau
mungkin dia mendidik pengikut DAP untuk bermulut puaka yang tidak tahu
erti kesopanan dan kesusilaan sepertinya?
Saya bimbang, jika dia terus mendidik generasi DAP sebegitu rupa,
maka generasi masa akan datang parti itu mungkin pasti bermulut durjana,
tidak beretika, biadap, tidak sopan, tiada susila dan berkemungkinan
biadap sebiadap warganegara di negara kita.
Pada saya, sekiranya senario itu berlaku, maka ia jelas menyalahi
sama sekali rukunegara kita yang kelima berkenaan "kesopanan dan
kesusilaan".
Sekiranya prinsip itu dicabul, maka saya yakin rukunegara yang
tercipta untuk menyemai kembali keharmonian kaum dan menjadi benteng
peristiwa hitam tragedi 13 Mei 29169 dahulu kemungkinan besar akan
terhakis dan musnah suatu hari nanti.
Pada pandangan saya, mungkin Chee Keong tidak kisah jika peristiwa
berdarah itu terjadi sekali lagi. Tapi dia perlu tahu bahawa ramai lagi
di kalangan kaumnya tidak mahu dan khuatir peristiwa berkenaan berulang
di negara kita.
Mengapa saya marah pada sikap biadap Chee Keong menyamakan Najib dengan Hitler?
Jika tidak tahu sebabnya, sila bertanya pada Penasihat DAP, Lim Kit
Siang, mengapa dia marah sangat bila ada pihak mencipta poster yang
diubah suai menjadikan imej bapa Guan Eng itu sebagai Ketua Komunis.
Mengapa Kit Siang marah bila dia digambarkan sebagai komunis adalah sama
juga dengan kemarahan saya apabila budak kurang ajar DAP bernama
Chee Keong itu menyifatkan Najib sebagai pemimpin Nazi.
Namun Chee Keong sudah cukup beruntung kerana Islam yang saya anuti
melarang saya untuk membalas dengan memberikan gelaran yang lebih
buruk padanya.
Pun begitu, saya tidak berani menjamin bahawa mana-mana pihak di
dalam BN yang sayangkan Presiden BN tidak akan membalas tindakan Chee
Keong dengan memberikan gelaran yang menyakitkan hati padanya pada masa
akan datang.
Cuma saya ingin bertanya, apakah gelaran yang wajar diberikan pada
Chee Keong agaknya? Boleh beritahu? Dengan siapa atau apakah yang sama
sifatnya dengan budak DAP berkenaan? Ada sesiapa boleh beritahu? Saya
tak tahu...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment