Wednesday, July 29, 2015
Kabinet Baharu Diharap Mampu Selesai Masalah Dihadapi Negara - MB Johor
Barisan kabinet yang baharu dibentuk diharap mampu menyelesaikan masalah
 yang dihadapi negara, sebagaimana keyakinan Perdana Menteri Datuk Seri 
Najib Tun Razak untuk menyelesaikannya dalam masa yang munasabah.
Mengulangi sokongan kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Johor Datuk 
Seri Mohamed Khaled Nordin berkata jika soal untuk mempunyai kekuatan 
itu termasuk membuat rombakan kepada barisan kabinet serta menggugurkan 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mereka menerima 
ketetapan itu.
"Lebih-lebih lagi kerana kita sedar bahawa ia adalah hak dan budi bicara
 Perdana Menteri," kata Mohamed Khaled, dalam satu kenyataan Selasa 
malam.Beliau mengulas mengenai rombakan kabinet tengah hari tadi yang 
diumumkan Najib, yang juga Presiden Umno.
Mohamed Khaled, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor itu berkata, pada
 15 Mei lepas, Perdana Menteri telah mendapat sokongan dari Umno Johor 
untuk menyelesaikan segala isu dan masalah yang dihadapi, khususnya isu 
1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Serentak itu, Mohamed Khaled turut mengingatkan bahawa Muhyiddin masih 
Timbalan Presiden Umno dan mengharapkan semua pihak menghormatinya.
"Di Johor, saya tiada sebarang halangan bagi mana-mana bahagian yang 
telah dan ingin menjemput beliau (Muhyiddin) untuk merasmikan mesyuarat 
bahagian masing-masing," kata beliau.
Mohamed Khaled turut berharap agar ahli-ahli Umno terutamanya dari Johor
 bersabar dan melalui saat-saat kini dengan penuh kekuatan dan 
kesabaran. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment