 
 Wednesday, July 29, 2015
S&P : Suntikan Positif Ekonomi
Penarafan Stabil oleh Standard & Poor’s 
(S&P) terhadap Malaysia dapat memberi suntikan positif untuk 
memulihkan pasaran modal tempatan, memandangkan negara ini tidak boleh 
lari daripada ketidaktentuan pasaran ekonomi antarabangsa pada masa ini.
 
 
Penganalisis HLIB Research, Nick Foo berkata, pasaran modal tempatan 
khususnya di Bursa Malaysia kini menerima kesan buruk akibat 
ketidaktentuan pasaran antarabangsa.
“Pengumuman oleh S&P dapat mewujudkan sentimen positif untuk 
menyokong perkembangan indeks utama Bursa Malaysia. Pasaran pada masa 
ini agak kurang dari segi daya penarik untuk menaikkan minat pelabur, 
malah berlakunya penjualan saham-saham di Bursa Saham Dow Jones serta 
kelembapan pasaran China,” kata Foo dalam nota kajiannya.
Semalam, agensi penarafan tersebut mengekalkan taraf A- terhadap 
kredit mata wang asing jangka panjang negara dengan prospek yang Stabil 
kepada Malaysia dengan alasan kerajaan sudah mempunyai sistem pengurusan
 kewangan yang efektif menerusi pengurangan beberapa subsidi serta 
pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Malah agensi penarafan itu menyifatkan isu-isu negatif berkaitan 
1Malaysia Development Bhd. (1MDB) tidak menjadi penghalang kepada 
kerajaan untuk terus melaksanakan program-program pemulihan ekonomi 
seperti yang dirancang.
“Walaupun terdapatnya risiko ekonomi apabila kerajaan memberi jaminan
 dan menyokong hutang-hutang syarikat awam (1MDB), tetapi berdasarkan 
kajian kami, dijangka tidak akan berlaku sebarang risiko untuk 
melaksanakannya (jaminan kerajaan),” jelas S&P dalam kenyataannya.
Malah S&P melihat kedudukan ekonomi Malaysia pada masa ini sudah 
pelbagai dan tidak bergantung kepada sektor minyak sepenuhnya. Hal itu 
tidak akan menjejaskan kewangan kerajaan akibat kejatuhan harga minyak.
Dalam kenyataan itu bagaima-napun, S&P menjelaskan pihaknya 
mungkin akan menurunkan penarafan negara jika Kerajaan Malaysia 
membatalkan cadangan untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan 
(GST) dan program-program rasionalisasi subsidi. Menurutnya agensi itu, 
jika GST dan pengurangan subsidi tidak dilakukan, ia akan memudaratkan 
kedudukan kewangan negara.
Pada awal bulan ini, sebuah lagi agensi penarafan, Fitch Rating telah
 mengubah prospek ekonomi negara kepada Stabil daripada Negatif sebelum 
ini, selain turut mengekalkan tahap kredit Malaysia pada gred A-.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment