 
 Wednesday, July 29, 2015
#MH370: Penemuan Serpihan Dipercayai Dari Pesawat Yang Hilang
Serpihan yang didakwa milik Pesawat MAS MH370 ditemui di Lautan Hindi, mengikut laporan The Telegraph.
 
 
Xavier Tytelman, bekas juruterbang 
tentera yang juga pakar keselamatan penerbangan menerima panggilan dari 
lelaki tempatan yang tinggal di Pulau Reunion, Perancis pada pagi Rabu, 
yang kemudiannya menghantar beberapa foto serpihan kapal terbang yang 
dijumpai.
Setelah mengkaji ratusan foto dan 
berbincang dengan beberapa rakan, Xavier percaya bahawa serpihan sayap 
yang ditemui itu adalah milik Boeing 777, sama seperti pesawat MH370 
yang hilang.
Mengikut siasatan awal polis tempatan, 
serpihan tersebut dipercayai sudah berada di dalam laut sekitar 1 tahun,
 jangkamasa yang sama dengan kehilangan MH370.
MH370 hilang bersama 239 anak kapal dan 
masih menjadi misteri kepada penyiasat dan juga keluarga mangsa sehingga
 kini. Pelbagai teori wujud berikutan kehilangannnya yang misteri, 
termasuklah dakwaan pesawat tersebut telah mendarat di Diego Garcia, 
atau terbang ke Korea Utara.
Mengikut Xavier, Lautan Hindi merupakan 
kawasan yang berkemungkinan besar untuk laluan pesawat terbabit. Masih 
belum dapat dipastikan lagi, namun Xavier percaya dan tidak menolak 
kemungkinan bahawa serpihan tersebut adalah milik MH370.
Apa yang menjadi persoalan hangat di 
kalangan mereka yang melihat foto-foto berkenaan adalah kod yang ada 
pada serpihan sayap tersebut, iaitu BB670. Mengikut Xavier, nombor 
berkenaan tidak merujuk kepada nombor plat pesawat, atau nombor siri 
jentera.
Jika benar serpihan tersebut milik MH370,
 maka kod tersebut pastinya dapat membantu dalam proses mengenalpasti. 
Mengikut Xavier, dalam beberapa hari sementara penyiasatan dijalankan, 
jawapan yang sahih tentang penemuan ini akan diperolehi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment