 
 Wednesday, July 29, 2015
Kesan Jika Najib Letak Jawatan Sekarang
EDITOR MENULIS...
29 JULAI 2015
Ramai yang tidak sedar lebih banyak kesan buruk jika DS Najib berundur daripada kabinet sekarang.
1) Antara kesannya ialah projek yang akan mendatangkan hasil lumayan di 
masa hadapan akan terbengkalai seperti projek 1MDB. seperti kita semua 
maklum, 1MDB didesak hebat kebelakangan ini. adakah kita lupa projek 
mega zaman Tun M seperti Putrajaya dan Jambatan Pulau Pinang juga pernah
 di kritik hebat dan menjadi bahan fitnah Parti PAs suatu ketika dulu.
Antara ayat yang digunakan PAS pada masa itu, "putrajaya akan menjadi 
Rumah Mewah Mahathir dan PAS bercita-cita untuk melelong putrajaya jika 
mereka memerintah..". Tapi di masa sekarang kita dapat lihat dimana 
putrajaya antara mercu tanda yang di banggakan pada hari ini.
Manakala Jambatan Pulau Pinang yang dulunya di anggap akan menjadi 
projek gajah putih yang tidak mendatangkan untung menjadi antara 
jambatan terpenting dalam negara yang menghubungkan Pulau Mutiara itu 
bahkan pembinaan Jambatan kedua bagi menampung kesesakkan trafik yang 
menghubungkan pulau dan tanah besar.
2) Kesan lain yang mungkin akan terjadi dan persoalannya adakah 
pengganti Najib akan meneruskan Projek-projek mega kerajaan??seperti 
yang kita dapat lihat pengganti Tun M, Tun Abdullah tidak meneruskan 
projek Tun M seperti jambatan bengkok kerajaan terpaksa membayar 
pampasan RM237 juta apabila menamatkan cadangan pembinaan jambatan 
tersebut bagi menggantikan Tambak Johor. Inilah kesan yang tidak akan di
 jangka apabila pemimpin bertukar dan masih ada projek mega yang tidak 
dapat disiapkan sebelum mereka berundur.
Ini kerana setiap Perdana Menteri mempunya misi dan visinya yang 
tersendiri yang pastinya berbeza daripada Mantan sebelumnya. Antara 
sebabnya perubahan masa dan perubahan teknologi menyebabkan pengganti 
Mantan Perdana Menteri melihat bahawa projek tersebut tidak relevan di 
Zaman nya.
3) Kesan-kesan seperti ini akan melihat kelemahan sesebuah negara. 
Biarlah Datuk Seri Najib meneruskan agenda pembanggunan Malaysia 
mengikut acuan beliau. Tekanan yang diterima oleh beliau hanya akan 
memburukan lagi situasi dan imej negara. Anasir-anasir luar akan 
mengintai peluang seperti ini untuk memporak-perandakan negara seperti 
apa yang terjadi di timur tengah.
Musuh mengharapkan "kebangkitan rakyat" untuk mengambil peluang 
"menstabilkan" politik sesebuah negara yang akhirnya mereka mengambil 
peluang itu untuk menakluk ekonomi negara tersebut. 
Disediakan oleh :
 
 
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment