Wednesday, July 29, 2015
Teksi1M - Kegagalan Proton Jadi Punca Innova Ganti Exora
Jelas Prestasi buruk terus dipamerkan Syarikat Proton Holding Bhd 
apabila mereka gagal memikat hati pemandu teksi Malaysia untuk terus 
menggunakan kenderaan keluaran syarikat itu sebagai teksi.
Model Proton MPV Exora yang dijadikan sebagai teksi bakal digantikan dengan model Toyota MPV Innova.
Perkara itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) 
selepas kecewa dengan syarikat pengeluaran automotif tempatan itu 
selepas gagal memenuhi permintaan Unit TEKS1M yang dibuat oleh SPAD.
Menurut SPAD, mereka kecewa dengan kelewatan pengeluaran dari pihak 
Proton untuk membekalkan unit TEKS1M 1.6 liter pada skala besar yang 
menjadi imej baharu industri teksi.
Oleh disebabkan kelewatan itu, SPAD telah memilih Toyota Innova bagi 
menggantikan permintaan Proton exora yang kelewatan itu sebagai TEKS1M.
SPAD juga memaklumkan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan 
syarikat Toyota dan Nissan bagi memuktamadkan pembekalan 7,500 unit 
kenderaan TEKS1M menjelang akhir tahun 2015.
Menurut sumber kedai kopi, TEKS1M baharu dari Toyota ini bakal 
dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Sistem Perkhidmatan Teksi Bersepadu 
(CTSS), tangki gas NGV, mesin tanpa tunai dan 
Ini jelas lantikan semula Tun Dr Mahathir Mohamad kedalam syarikat 
Proton Holding Bhd sebagai Pengerusinya gagal membantu syarikat itu 
untuk memperbaiki prestasi syarikat itu dengan mengeluarkan model yang 
mampu meletop di pasaran,  sekaligus gagal melonjakkan hasil jualan yang
 sering tewas dengan syarikat keluaran automotif Perodua.
Malah, model keluaran baru Proton Iriz yang hangat diperkatakan bakal 
menewaskan hasil jualan model Perodua Myvi juga kecundang sejak 
pelancaran model tersebut dilancarkan tahun lalu.
Apakah langkah yang akan diambil oleh Mahathir untuk terus mengukuhkan 
syarikat keluaran automotif tempatan itu apabila dilihat sering tewas 
oleh pengeluar automotif yang lain setelah sekian lama dilantik semula 
sebagai pengerusi Proton??
Adakah beliau masih mahu mengekalkan jawatannya sebagai pengerusi Proton
 dengan hanya melakukan kerja mengkritik pentadbiran kerajaan sehingga 
lupa beliau mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan syarikat terbabit??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment