Thursday, July 30, 2015
Zahid Hamidi Jamin Muhyiddin Tidak Akan Ditangkap Polis.
Timbalan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 
memberi jaminan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan ditangkap. 
Zahid, yang juga menteri dalam negeri berkata demikian sebagai mengulas 
khabar angin bahawa Muhyiddin akan ditahan selepas video yang bocor 
menunjukkan beliau mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul 
Razak dengan dakwaan menerima RM2.6 bilion ke dalam akaun bank 
peribadinya. 
Zahid berkata, beliau menerima banyak panggilan bertanyakan sama ada 
benar bahawa bekas timbalan perdana menteri itu akan ditahan. Menurut 
Zahid, beliau memberi jaminan kepada mereka bahawa ia tidak benar. 
"Khabar angin ini benar-benar tidak masuk akal," katanya sambil menambah
 bahawa beliau menghubungi peguam negara dan ketua polis negara untuk 
mengesahkan dakwaan itu, dan mereka menyangkalnya. 
"Saya kemudian menghubungi (Muhyiddin) pada pukul 2 pagi (semalam) untuk
 memberi jaminan kepada beliau dan isterinya bahawa polis tidak mencari 
mereka," kata Zahid dalam temu bual dengan The Star yang disiarkan hari 
ini. 
Zahid berkata tidak ada sebab untuk Muhyiddin ditangkap dan memberi 
amaran kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin 
tersebut. 
"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar
 angin khabar ini. Khabar angin ini berniat jahat," kata beliau. 
Sebelum ini, tersebar satu video rakaman perbualan diantara Muhyidin dan
 beberapa rakannya termasuk Mukhriz Mahathir menceritakan bahawa beliau 
telah bersemuka dengan Najib mengenai dakwaan Wall Street Journal yang 
RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi perdana 
menteri. 
Dalam video itu, Muhyiddin mendakwa bahawa Najib telah mengaku dan berkata wang itu datang dari Timur Tengah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment