EDITOR MENULIS...
29 JULAI 2015
Kenyataan Presiden Transparency International 
Malaysia (TI-M), Akbar Satar bahawa penyiasatan ke atas 1 Malaysia 
Development Berhad berakhir dengan rombakan kabinet dan beberapa 
perubahan politik dalam negara menimbulkan pertanyaan sama ada mereka 
terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd 
Najib Tun Razak.
Ini bukan tuduhan bersifat paranoid atau takut bayang-bayang. Tetapi 
kita tidak dapat bayangkan kenyataan TM-I kepada Malaysiakini.com 
langsung tidak menunjukkan sebarang nilai logik dalam membuat 
kesimpulan.
Beliau memberi tiga sebab mengukuhkan hujahan beliau:
(1) The sacking of attorney-general Abdul Gani Patail who
 was involved in the investigation by the special  task force; 
(Pemecatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang terbabit dalam 
penyiasatan pasukan petugas khas).
 
Hujah pertama sangat jelas mengelirukan dan merupakan pembohongan. 
Peguam Negara bukan sebahagian daripada pasukan petugas khas untuk 
menyiasat apa yang didakwa sejumlah USD 700 juta wang 1MDB dimasukkan ke
 dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Pada 15 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas (PPK) telah pun mengeluarkan
 kenyataan bahawa mereka hanya dianggotai oleh Gabenor Bank Negara, Tan 
Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan 
Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan 
Sri Abu Kassim Mohamed.
PPK menjelaskan siasatan kes hanya dikendalikan oleh SPRM, Polis 
Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai agensi 
penyiasat yang berkaitan. 
Mereka hanya merujuk kepada Peguam Negara dalam hal membabitkan undang-undang. 
ii. The appointment of new Special Branch chief Mohamad 
Fuzi Harun and a fire in Bukit Aman where purported “unimportant” 
documents were destroyed (Pelantikan Ketua Bahagian Perisikan yang 
baharu Datuk Mohamad Fuzi Harun dan kebakaran di Bukit Aman yang 
kononnya membabitkan dokumen “tidak penting ” telah musnah) ; dan
 
Hujah Kedua TM-I sangat tidak bertanggungjawab dan bersifat 
mewujudkan fitnah. Akhbar mengelirukan masyarakat walaupun sebagai bekas
 penganalisi jenayah beliau tahu siasatan 1MDB dan tuduhan akaun 
peribadi PM dikendalikan oleh Bahagian Jenayah Komersial dan Ketua Polis
 Negara. 
Justeru apa kena mengena pertukaran Ketua Perisikan PDRM dengan 
siasatan jenayah komersial. Bukankan ini menunjukkan niat jahat TM-I?
Lebih memalukan beliau memasukkan kebakaran di Bukit Aman semalam 
bagi menimbulkan persepsi suatu perancangan memusnahkan fail siasatan 
1MDB sedangkan Ketua Polis Negara sendiri menyatakan yang terbakar hanya
 di bahagian koridor dan membabitkan buku-buku lama. 
(3) The appointment of four out of the 13 PAC members, 
including its chairperson, into the government (Pelantikan empat 
daripada 13 ahli PAC termasuk Pengerusi ke dalam kerajaan)
 
Hujahan Akhbar Satar bukan sahaja lemah, malah bersifat prejudis, 
berat sebelah dan kebudak-budakkan. Bagaimana pelantikan 4 daripada 13 
orang ahli PAC boleh menjejaskan siasatan sangat mengelirukan.  Ada lagi
 9 orang termasuk dari pembangkang berada dalam PAC untuk mendengar 
siasatan tersebut. 
Ini termasuklah Timbalan Pengerusi PAC merupakan Ahli Parlimen veteran dari DAP, Dr Tan Seng Giaw. 
Malah empat orang ini ialah Ahli Parlimen BN yang sering dituduh menyebelahi kerajaan. Apa beza mereka atau orang lain?
Alasan yang diberikan oleh Akhbar Satar sangat lemah, palsu dan 
bertujuan mengelirukan rakyat. Ini sekaligus akan mewujudkan rasa syak 
wasangka umum kepada Perdana Menteri dan kerajaan.
Adakah beliau turut berkomplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd
 Najib Tun Razak atau beliau dibayar untuk membuat kenyataan seperti 
itu?
Jika ia kesimpulan yang datang dari hati nuraini beliau, maka ada 
sesuatu tidak kena dengan cara bekas penganalisis jenayah ini berfikir. 
Berapa banyak nasihat yang salah telah beliau berikan sebelum ini? 
Disediakan oleh : 
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban 
 
No comments:
Post a Comment