Thursday, July 30, 2015
Panassss!!!! Aziz Bari Sertai DAP....Kata Profesor Hebat...
PETALING JAYA : Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari merupakan individu terbaharu menyertai DAP.
"Saya memilih DAP kerana merasakan parti ini menyediakan ruang kepada 
saya untuk berkhidmat. Saya tertarik dengan prinsip keterbukaan, 
meritokrasi dan ketelusan DAP," katanya.
Dr Abdul Aziz menjelaskan bahawa beliau mempunyai pengalaman bekerja 
dengan DAP semasa berkhidmat dengan rakan-rakannya di Institut Pulau 
Pinang.
Pelantikan beliau dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Dr Abdul Aziz menegaskan hasrat beliau adalah semata-mata untuk 
memberikan sumbangan dan tidak meminta sebarang jawatan di dalam parti.
Pengumuman tersebut dibuat Dr Abdul Aziz dalam sidang media yang 
dihadiri tokoh terkemuka DAP di ibu pejabat parti itu pada Khamis.
Antara yang hadir adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan sastrawan negara, A. Samad Said.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment