Friday, July 31, 2015
Mahathir Sokong Zahid Hamidi Jadi TPM...
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat gembira apabila 
TS Muhyiddin Yassin digantikan dengan DS Ahmad Zahid Hamidi sebagai 
Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru.
Bercakap kepada media, Tun Mahathir mengatakan bahawa Ahmad Zahid 
merupakan individu yang paling layak untuk jawatan berkenaan berbanding 
lain-lain pemimpin didalam UMNO, selain dari pernah mengetuai Pemuda 
UMNO Malaysia.
"Lagipun dia (Ahmad Zahid) dapat undi terbanyak dalam pemilihan Naib 
Presiden.." jawab Mahathir ketika ditanya mengenai Ahmad Zahid sebagai 
TPM yang baru.
Mahathir juga mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Razak mempunyai 
kuasa untuk menukar barisan kepimpinan kabinet mengikut apa yang 
dimahukan oleh beliau.
"Kita menukar kepimpinan didalam kabinet setiap masa.. Ia adalah 
merupakan hak prerogatif Perdana Menteri. Saya rasa Perdana Menteri 
Najib merasakan inilah barisan kabinet yang terbaik untuk masa ini.."
Mahathir juga turut menjelaskan mengenai serangan yang dibuat terhadap pentadbiran kerajaan Najib. 
"Pandangan masyarakat mengenai rombakan kabinet yang dilakukan oleh 
Perdana Menteri tetap sangat negatif.. Kita boleh nampak didalam komen 
dalam Facebook mengenai hal ini.." 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment