Wednesday, July 29, 2015

Diri Sendiri Pun Tak Betul....PKR, DAP dan GHB Pelawa Ahli Parlimen BN Buat Undi Tidak Percaya Pada Najib

KUALA LUMPUR : Gerakan Harapan Baru (GHB), PKR dan DAP mengajak ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadakan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Razak, selepas Perdana Menteri itu terpalit dengan kontroversi pentadbirannya yang lemah.

Pengerusi GHB, Mohamad Sabu berkata sebuah kerajaan peralihan perlu dibentuk bagi menggantikan kerajaan sedia ada sehingga berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 nanti.

Pelawaan itu dikemukakan pembangkang selepas Najib mengumumkan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Selain Muhyiddin, empat menteri turut digugurkan daripada jawatan mereka.

"Perlantikan seorang PM interim dari kalangan pemimpin terkanan bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.

"Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan," katanya di sidang media kumpulan progresif pembangkang di The Club, Damansara Utama, tengah hari tadi.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu yang menjadi jurucakap DAP dan PKR semasa sidang media tiga entiti itu berlangsung turut mencuba nasib mengajak Muhyiddin bersama ahli Parlimen BN yang lain menyertai mereka menubuhkan kerajaan peralihan itu.

Muhyiddin dikatakan terlalu lantang mengkritik isu 1 Malaysian Development Sendirian Berhad (1MDB) meskipun Najib berkali-kali memberi amaran agar perkara itu tidak dibangkitkan berikutan ia kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Mat Sabu tidak pula menyatakan apakah manfaat jika ahli Parlimen BN berbuat demikian selain daripada menumbangkan pemerintahan Umno BN, yang dipertahankan sejak sebelum merdeka.

Ditanya penerimaan sokongan ahli-ahli parlimen BN terhadap usul undi tidak percaya itu, Mat Sabu enggan mengulas lanjut.

"Khabar angin (sokongan terhadap undi tidak percaya) itu ada. Tapi apabila kadangkala wang 1MDB digunakan untuk membiayai pilihan raya, mereka pun tidak berani (bersuara). Sebab misalnya, PM akan kata mereka pun menggunakannya," katanya.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua bertegas inilah adalah waktu yang paling sesuai bagi pembentukan kerajaan peralihan.

"Ini adalah masa yang kritikal apabila pemimpin-pemimpin yang melawan Najib digugurkan. Ia hampir kepada situasi pada tahun 1998. Dan perlu untuk kita bertindak atas sokongan undi tidak percaya ini," katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment