Wednesday, July 29, 2015
Mahfuz Tahu Cerita Sebenar Kenapa Ghani Patail Tak Jadi Peguam Negara..
Datuk Mahfuz Omar hari ini mendakwa khidmat Peguam Negara Tan Sri Abdul 
Ghani Patail yang ditamatkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
 atas faktor kesihatan disifatkan sebagai takut didakwa di mahkamah 
berhubung kontroversi 1MDB.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, berita penamatan khidmat Peguam 
Negara itu amat mengejutkan negara dan alasan yang diberikan itu tidak 
masuk akal.
"Timbul persoalan sekarang, kenapakah peguam negara ditamatkan 
perkhidmatan secara tiba-tiba atas nasihat perdana menteri dalam keadaan
 perdana menteri sedang disiasat atas kes 1MDB dan penyaluran wang 
berjumlah RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik 
perdana menteri?
"Alasan faktor kesihatan langsung tidak masuk," kata Mahfuz.
Agak melucukan apabila Mahfuz mengatakan faktor kesihatan Gani 
ditamatkan perkhidmatannya tidak masuk akal.. Jika alasan tersebut tidak
 dapat diterima akal beliau, apakah alasan yang sesuai untuk diterima 
akal pemimpin Pas itu??
Seperti yang dimaklumkan kepada umum, penamatan khidmat Gani itu adalah 
disebabkan Gani mengalami sakit buah pinggang. Masihkan ada pesakit yang
 mengalami sakit buah pinggang mampu melakukan kerja-kerja berat??
Setahu kita, bagi pesakit buah pinggang ini mereka tidak digalakkan 
untuk membuat lebih banyak kerja tambahan lagi kerja-kerja yang berat. 
Tambahan pula, pesakit buah pinggang perlu melakukan dialisis seminggu 
2-3 hari bagi mencuci buah pinggang.
Keputusan perdana menteri itu adalah satu keputusan yang tepat bagi 
memberi ruang untuk Gani berehat sambil melakukan rawatan untuk 
penyakitnya itu dan bukannya seperti didakwa oleh Mahfuz.
Atas keprihatinan Najib kepada Gani, beliau merehatkan Gani dari 
menggalas tugas berat sebagai Peguam Negara dan memberi tugas yang 
'ringan' sebagai pegawai perkhidmatan kehakiman dan perundangan sehingga
 tempoh persaraannya wajib Gani yang akan tamat tidak lama lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment