Wednesday, July 29, 2015
Hadi Awang Terima Baik Muhyidin Digugurkan Dari Timbalan Perdana Menteri
Berikutan pengguguran TS Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Perdana 
Menteri dan digantikan dengan DS Ahmad Zahid Hamidi, beberapa pemimpin 
pembangkang mula "menangguk di air keruh" apabila cuba mengambil 
kesempatan dari isu tersebut.
Beberapa pemimpin PKR serta DAP secara terbuka membuat kenyataan agar TS
 Muhyiddin akan dapat terus mendedahkan salahlaku kerajaan kepada media.
 Begitu juga dengan pemimpin kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang 
segera menawarkan tempat untuk bekas Timbalan Perdana Menteri didalam 
kumpulan mereka.
Bagaimanapun, ia berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden
 PAS, DS Abdul Hadi Awang. Beliau dilihat seolah-olah menerima dengan 
hati terbuka dengan keputusan rombakan kabinet yang dilakukan oleh 
Perdana Menteri.
Hadi Awang bersikap positif apabila berpandangan jauh mengenai keputusan
 yang dibuat oleh Perdana Menteri serta berharap barisan Kabinet baharu 
dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.
Beliau juga berkata, adalah terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan 
pendapat berhubung barisan Kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri 
Datuk Seri Najib Tun Razak kerana PAS mahu melihat dulu kemampuan 
barisan kabinet tersebut.
"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet 
baharu)...kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas 
khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada media 
semalam selepas mempengerusikan mesyuarat harian Jawatankuasa PAS Pusat 
di ibu pejabat PAS. 
Dalam pada itu, Abdul Hadi mengingatkan semua anggota PAS supaya jangan 
melibatkan diri dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) jika tidak mahu 
tindakan diambil terhadap mereka selain keanggotaan mereka digugurkan.
"Kita tunggu laporan lengkap daripada negeri-negeri sebelum mengambil 
tindakan, kita tidak boleh ambil tindakan berdasarkan maklumat yang 
dilaporkan di media sahaja," katanya.
Beliau berkata pimpinan PAS Pusat yang dipilih pada muktamar parti Jun 
lepas masih mendapat sokongan akar umbi berdasarkan pertemuan beliau 
dengan kepimpinan di beberapa negeri. 
"Kita mendapat respons yang sangat baik dengan lebih 80 peratus pimpinan
 akar umbi menyatakan sokongan kepada pimpinan pusat yang ada," katanya. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment