Thursday, July 30, 2015
Hudud GHB Visi Apa Plak Ni.... GHB Yakin Agenda Hududnya Diterima DAP dan PKR
GOMBAK : Gerakan Harapan Baru (GHB) yakin agenda hudud yang dibawa mereka
 akan diterima DAP dan PKR berdasarkan semangat kesepakatan.
Pengerusi Jawatankuasa GHB Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli berkata 
meskipun undang-undang Islam yang pernah dibawa PAS ditentang hebat oleh
 DAP, namun sikap saling merujuk menjadi teras dalam gabungan 
pembangkang itu kelak.
"Apa yang kita nak orang lain ikut kita atau sebaliknya, baik DAP mahu 
kita ikut mereka atau sebaliknya dan begitu juga dengan PKR, ia 
bergantung bagaimana kita menguruskannya organisasi itu. (Hudud) Kita 
boleh berpandu kepada perlembagaan negara. Jika ada masalah dalam urusan
 pentadbiran negara kita boleh rujuk kepada perlembagaan.
"Mungkin ia agak terhad dan tidak mampu memuaskan hati semua orang tapi 
ia berdasarkan semangat demokrasi. GHB mengamalkan semangat demokrasi 
maknanya kita menilai idea konsensus dan suara majoriti jika ada 
keperluan," katanya dalam sidang media mengumumkan barisan kepimpinan 
GHB Wilayah Persekutuan, di Jalan Gombak, pagi tadi.
Hatta dalam pada itu tidak mahu ada pihak yang masih keliru dengan dasar
 GHB dalam perjuangan Islam yang dibawa, walaupun mereka adalah serpihan
 PAS.
"Kita tidak mahu mengukur apa yang dilakukan ini dengan PAS. Saya pun 
tidak sebut ini adalah lanjutan daripada PAS kerana GHB bertujuan 
mengisi kelompongan yang ada dan meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat 
yang lama. Tidak adil untuk buat perbandingan," tegasnya.
Bukan itu sahaja, Hatta memberi jaminan bahawa GHB tidak akan mengikut 
telunjuk DAP sekalipun berada di dalam gabungan pembangkang yang 
dinamakan Pakatan Rakyat 2.0 itu.
Sebelum ini ada dakwaan timbul bahawa GHB yang diasaskan oleh kumpulan 
progresif PAS itu akan mudah 'dilenturkan' oleh DAP, terutamanya dalam 
hal-hal berkaitan keputusan dan pendirian pembangkang.
Kita menghormati perbezaan, bahawa setiap parti ada krisis, kelebihan 
dan hasrat masing-masing. Tidak perlu ada niat tersorok, (yang penting) 
masing-masing bergerak atas persetujuan bersama," tegasnya.
GHB akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik pada 14 September 
depan, dan bakal bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat 2.0
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment