Thursday, July 30, 2015
Ramai Berdoa Semoga Ia Serpihan MH370...
Ini kebenaran yang pahit untuk dinyatakan... selepas lebih setahun MH370
 hilang tanpa diketahui di mana, ikut kajian paling berkemungkinan 
adalah selatan lautan Hindi.
Tapi laut di situ luas, terasing dan dengan kedalaman 7 hingga 30 kilometer.
Sejak ia hilang macam-macam usaha dibuat untuk cari pesawat itu, namun 
sehingga kini, ia tidak ditemui, jangan kata kapal terbang, serpihannya 
pun belum.
Sehinggalah semalam... selepas media antarabangsa melaporkan penemuan 
serpihan pesawat di sebuah pulau di Lautan Hindi, tiba-tiba ramai 
pengguna media sosial berdoa... ianya serpihan MH370.
Secara rasmi Malaysia menghantar satu pasukan khas ke Pulau Reunion 
untuk menyiasat sama ada serpihan yang ditemui adalah milik penerbangan 
MH370 yang hilang lebih setahun lalu.
Bercakap di New York, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai 
memaklumkan sebarang penemuan perlu diteliti sebelum pengesahan boleh 
dibuat.
"Saya telah menghantar satu pasukan untuk mengesahkan serpihan itu. Kita
 harap mereka dapat kenal pasti (serpihan itu) secepat mungkin," kata 
Tiong Lai.
Serpihan berukuran dua meter panjang dipercayai bahagian sayap ditemui 
sekumpulan individu yang sedang menjalankan operasi pembersihan pantai.
Sumber Associated Press memaklumkan pakar penyiasat percaya kemungkinan 
serpihan ditemui itu berasal daripada komponen sayap yang hanya boleh 
ditemui pada model 777 keluaran Boeing.
Pakar penyiasat Boeing juga telah dilaporkan mengenal pasti serpihan tersebut sebagai sebahagian komponen sayap pesawat.
Sementara itu, Malaysia Airlines dalam satu kenyataan sebentar tadi 
menyebut bahawa syarikat penerbangan itu sedang bekerjasama dengan pihak
 berkaitan untuk mengesahkan perkara itu.
"Pada ketika ini, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi dari mana asal (komponen) flaperon tersebut," kata kenyataan itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment