Thursday, July 30, 2015
Betulkah Menteri Besar Perak Bakal Dipecat??
Pas Kuala Kangsar mendakwa, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan 
disingkirkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Ia dikatakan 
bersangkut paut dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai 
Timbalan Perdana Menteri yang dikatakan rapat dengannya.
Dalam kenyataannya, Yang Dipertua Pas Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad 
Iskandar Al Hiss menjelaskan tindakan itu dibuat ekoran ketidak puasan 
kepimpinan UMNO bahagian terhadapp Zambry.
“Difahamkan beberapa kepimpinan Ketua UMNO Bahagian ‘senior’ dari Perak 
yang berstatus kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sudah mula 
‘mencongak’ pengganti Datuk Seri Zambry pada masa kini,” katanya.
Raja Ahmad berkata, berdasarkan sumber dalaman UMNO, pelantikan Datuk 
Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baru turut menjadi 
penyumbang kepada perubahan yang bakal berlaku nanti.
Menurutnya, selepas rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri
 baru-baru ini,ia turut akan disusuli dengan perubahan di peringkat 
kepimpinan kerajaan negeri termasuk pertukaran menteri besar.
“Kami lontarkan kepada Datuk Seri Zambry bagi ianya menafikan ‘khabar 
angin’ tersebut yang sudah mula ‘ditiupkan’ oleh kepimpinan UMNO 
Bahagian di Perak khasnya.
“Jika benar apa yang dimaklumkan, sudah tentu kedudukan Datuk Seri 
Zambry akan terancam di Perak khasnya kerana sudah ada usaha 
menggantikan pengaruh beliau di Perak berikutan isu dalaman UMNO kini,” 
katanya.
Beliau juga difahamkan telah ada penama untuk menggantikan Zambry 
sebagai menteri besar dan individu tersebut merupakan orang yang cukup 
rapat dengan Zahid dan pernah bekerja dengannnya satu ketika dahulu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment