Wednesday, July 29, 2015
Azwan Ali Mahu Ganti Zahid Jadi TPM Malaysia.. #rombakankabinet #zahidhamidi
Dalam satu status yang dimuatnaik ke laman sosial Twitternya, adik 
kepada Menteri Besar Selangor, Azwan Ali menyatakan bahawa tidak 
mustahil dirinya bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia suatu 
hari nanti..
Sambil merujuk kepada pengguguran TS Muhyiddin Yasin semalam yang 
digantikan dengan DS Zahid Hamidi, adik kepada Azmin Ali tersebut juga 
meletakkan hashtag #VOTEFORDIVAAA di status tersebut.
Azwan yang sebelum ini teruk dikritik oleh netizen kerana perbuatannya 
yang gemar memaki hamun didalam Twitter, juga pernah bercita-cita mahu 
menjadi Perdana Menteri.
Azwan yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Undang-undang pernah 
menyatakan kepada media diawal pembabitan beliau sebagai artis, bahawa 
cita-citanya adalah untuk menjadi Perdana Menteri sejak beliau belajar 
di ITM lagi.
Menurutnya lagi ketika itu, bidang politik juga menjadi minat beliau 
sehingga sering menjadi perlian kawan-kawan yang sama belajar ketika 
itu.
Kini selepas Azmin serta Umi Hafilda boleh dikatakan berjaya didalam 
bidang politik masing-masing, mampukah Azwan Ali pula mengekori jejak 
abang dan kakaknya itu?
Dengan mulut lantang serta tak pedulikan sensitiviti orang lain ketika 
bercakap, mungkin Azwan Ali mampu berjaya didalam politik jika 
bergandingan dengan Mat Sabu didalam GHB.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 


 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment