Thursday, July 30, 2015

Tolak Bina Rumah RM40,000, Dap Mesti Hentikan Kelakuan Seperti Anjing Takut Bayang-bayang

31 Julai 2015, Nibong Tebal : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Penduduk (JPP) Bandar Tasek Mutiara, Mohd Norhiesam Ismail mencabar kepimpinan kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyatakan sebab sebenar mengapa negeri itu mencipta pelbagai alasan menolak hasrat murni kerajaan persekutuan untuk membina rumah mampu milik yang hanya berharga RM40,000.
http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2013/march2013/bm_pkns-project130329.jpg
Beliau berkata demikian berikutan tindakan kerajaan negeri yang menolak pelan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Alasan yang diberikan adalah kerana projek itu telah melebihi nilai jualan RM250,000 yang ditetapkan sedangkan hanya 15 peratus sahaja yang melebihi harga tersebut bagi tujuan ‘cross-subsidy’.

Ini adalah bertujuan menampung subisidi yang diberikan untuk rumah mampu milik. Harga rumah mampu milik adalah RM80,000 tetapi selepas subsidi ianya hanya berharga RM40,000, jauh di bawah harga pasaran.

“Saya melihat Kerajaan Dap ini ibarat anjing yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Disebabkan sentiasa berpolitik maka Dap takut akan kehilangan sokongan rakyat sekiranya membenarkan kerajaan persekutuan membina rumah idaman buat golongan bawahan dan pertengahan.

“Zaman sekarang terlalu sukar untuk memiliki rumah terutamanya bagi gologan muda dan mereka yang baru berkahwin. Jadi apabila peluang untuk memiliki rumah itu ada, ia pula dimusnahkan oleh kerajaan negeri.

“Jika sentiasa berpolitik dan karenah birokrasi tidak berpenghujung, bila waktunya untuk membela nasib rakyat? Adakah rakyat terpaksa menanggung akibat hanya kerana keegoan dan ketakutan Dap,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Norhiesam, seharusnya Dap memikirkan keperluan rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk mentadbir Pulau Pinang.

Semasa pilihan raya, jelas beliau lagi Dap sanggup berjanji bulan dan bintang tetapi kini apabila impian mereka menjadi kenyataan, mereka cuba memusnahkan pula impian penduduk di negeri tersebut.

“Oleh itu, saya mendesak kerajaan negeri untuk memberikan jawapan sebenar mengapa pembinaan rumah ini ditolak. Wayang apa lagi yang Dap mahu tayangkan kepada rakyat. Kasihanilah mereka yang amat memerlukan rumah tetapi berpendapatan kecil.

“Inilah peluang keemasan mereka,” ujarnya lagi.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

 

No comments:

Post a Comment