Thursday, July 30, 2015
Wowww....Artis Beri Sokongan Terhadap Menteri Baru KKMM
KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri 
Salleh Tun Said Keruak mendapat sokongan penuh daripada penggiat seni 
hiburan tempatan selepas beliau diharapkan dapat mendengar dan 
memberikan maklum balas mengenai masalah yang timbul dalam industri 
tanah air.
Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Jurey 
Latiff Rosli berkata, soal masalah yang berbangkit akan lebih difahami 
oleh Salleh ekoran beliau pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan 
Filem Nasional (FINAS) sebelum ini.
"Sebelum ini Salleh pernah menjadi Pengerusi Finas, tetapi hanya dalam 
tempoh yang sangat singkat. Tidak sempat nak bantu industri walaupun 
beliau telah merancang macam-macam perkara bagi mengukuhkan industri 
seni.
"Jadi saya percaya beliau tahu apa yang perlu dibuat bagi menyelamatkan 
industri seni negara yang berada dalam keadaan tenat ketika ini. Saya 
mewakili penggiat seni lain berharap agar beliau dapat membantu 
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi kami," katanya memetik 
laporan portal mStar Online di sini, hari ini.
Menurutnya, KKMM diharapkan agar dapat berkerjasama dengan mantap dalam membangunkan industri tanah air.
"Dalam keadaan industri seni yang sangat tenat, kita semua perlu bersatu
 dan tidak mahu tertekan dengan isu-isu yang masih belum selesai.
"Pihak kementerian juga perlu lebih ikhlas dan mempunyai kesungguhan 
dalam menyelesaikan masalah yang berbangkit. Apa-apa pun, saya yakin 
Mohd Salleh mampu menyelesaikan masalah-masalah industri dengan lebih 
berhemah dan saksama," ujarnya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru dilantik selepas satu 
rombakan kabinet dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun 
Razak pada selasa lalu.
Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek bertukar portfolio sebagai Menteri Pertanian dan Insdustri Asas Tani. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment