Wednesday, July 29, 2015
Tokong Sibuk Apa Hal !!!!!.... Hadi Cenderung Kepada UMNO - Guan Eng
GEORGE TOWN : Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Rabu berkata 
tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan mengulas 
mengenai barisan kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu 
yang cenderung kepada Umno.
Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Abdul Hadi itu, Lim berkata
 beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin PAS itu yang menyifatkan 
rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk 
Seri Najib Tun Razak semalam sebagai perkara biasa.
"Itu jelas menunjukkan hala tuju PAS di mana beliau (Hadi) cenderung 
kepada perdana menteri dan Umno," katanya yang menyifatkan rombakan 
kabinet semalam sebagai satu "gempa bumi".
Pada sidang akhbar di sini, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang 
berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan 
perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan Sri 
Muhyiddin Yassin dalam kabinet baharu itu.
Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.
Abdul Hadi berkata terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan pendapat berhubung barisan kabinet itu. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment