Thursday, July 30, 2015
#Lowyat diserbu penguatkuasa. Menteri Baru KPDNKK Ddah Mula Buat Kerja
Kementerian Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguanaan (KPDNKK) 
dalam satu serbuan mengejut ke atas premis perniagaan di Plaza Low Yat 
telah berjaya merampas sebanyak 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan 
bernilai RM150,990.
Serbuan itu dilakukan selepas Menteri KPDNKK yang baharu dilantik, Datuk
 Hamzah Zainudin telah mengerahkan pihaknya melakukan serbuan di Plaza 
Low Yat yang sering mendapat aduan mengenai penjualan barang tiruan 
disitu.
Menerusi Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pihaknya 
dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen 
telah membuat pemeriksaan 120 premis dalam operasi bersepadu itu.
Jelas Alias, pihaknya sering mendapat aduan orang ramai mengenai 
penjualan barangan tiruan disitu, dan pihaknya juga terlebih dahulu 
melakukan risikan untuk mengenal pasti sebelum operasi bersepadu 
dilakukan.
Tambah Alias, operasi itu disertai seramai 110 penguatkuasa termasuk 
wakil pemilik cap dagang yang berdaftar bagi mengesan barang tiruan yang
 dijual peniaga.
"KPDNKK terlebih dahulu melakukan risikan disitu selepas menerima banyak
 aduan daripada orang awam sebelum melancarkan operasi bersepadu bagi 
membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan," kata Alias.
Alias memaklumkan, peniaga yang terbabit dengan kesalahan menjual 
barangan tiruan akan disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 8, Akta 
Perihal Dagangan 2011.
"Semua kes disiasat dibawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 yang 
memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barang 
rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu 
yang disabit kesalahan atau denda maksimum RM15,000 seunit barang bagi 
syarikat yang terbabit," jelasnya.
Menurut Alias, pihaknya akan terus mengadakan operasi seperti ini 
diseluruh negara terutama di tempat-tempat tumpuan dan tempat yang 
mendapat banyak aduan bagi memastikan pengguna tidak terus ditipu.
Beliau turut memohon kepada pengguna untuk memberi kerjasama dengan 
membuat aduan kepada pihaknya bagi membanteras peniaga-peniaga yang 
mengambil kesempatan dengan menjual barangan tiruan.
"Orang ramai dialu-alukan menghubungi talian 1300-88-6800 untuk 
menyampaikan aduan atau melalui laman web htpp://eaduan.kpdnkk.gov.my 
atau datang sendiri ke pejabat kami," katanya.
Dengan serbuan ini, ianya jelas menunjukkan bahawa rombakan kabinet yang
 dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah tepat bagi
 menggantikan Menteri KPDNKK sebelum ini.
Tahniah diucapkan kepada Hamzah atas serbuan yang dilakukan pihaknya walaupun baru memulakan tugas sebagai menteri KPDNKK.
Selain itu, rakyat juga berharap dengan lantikan Hamzah sebagai menteri 
KPDNKK yang baharu ini dapat meneruskan operasi serbuan ini kepada 
premis-premis perniagaan yang sering menjual barangan tiruan seperti di 
Petaling Street, Komplek Pertama dan sebagainya. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment