Thursday, July 30, 2015
Penyiasat Percaya Serpihan Ditemui Di Lautan Hindi Milik #Boeing777 #MH370
Seorang Pegawai di Amerika Syarikat menyatakan keyakinan bahawa serpihan
pesawat yang ditemui di Lautan Hindi adalah dari Boeing 777, model yang
sama dengan pesawat Malaysian Airline System (MAS) MH370, yang hilang
pada tahun lepas.
Pegawai penyiasat keselamatan udara, telah mengenal pasti komponen
tersebut sebagai "flaperon" dari belakang sayap pesawat model 777.
Tidak dapat dipastikan bahawa "flaperon" tersebut adalah milik pesawat
MH370, tetapi kemungkinan yang ditunjukkan masih menjurus kearah
penemuan bangkai pesawat berkenaan.
Pesawat MH370 milik MAS dilaporkan hilang pada bulan Mac 2014 dengan
membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dari Kuala Lumpur menuju ke
Beijing.
Kehilangan MH370 menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan
dunia kerana ia merupakan kes yang paling mendapat tumpuan media.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment