Thursday, July 30, 2015
Luahan Hati Aziz Bari Mengenai Masuk DAP..
Calon PKR yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 di kerusi 
Parlimen Sabak Bernam, Dr Abdul Aziz Bari hari ini secara rasminya 
mengesahkan penyertaannya menyertai parti cauvanis Cina DAP.
Aziz memaklumkan, beliau menyertai parti DAP adalah kerana parti 
cauvanis itu lebih efisien berbanding PKR yang dilihat tidak mempunyai 
fungsi dalam gabungan parti pembangkang.
"Dalam pakatan pembangkang, DAP mempunyai paling banyak kerusi Parlimen 
dan negeri dan ini memberikan saya keyakinan mereka mempunyai kekuatan 
serta keyakinan untuk maju
"Saya berharap penglibatan saya dalam parti boleh membantu 
mempercepatkan pembangkang ke Putrajaya," kata Aziz ketika di temui di 
pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.
Aziz berkata, dengan penyertaannya ke dalam parti cauvanis itu, memberi 
peluang untuk beliau berkhidmat dan menyumbang kepada negara berbanding 
jika beliau menyertai PKR.
Jelas Aziz, ketika beliau berada di PKR, kepimpinan parti itu tidak 
pernah melihat kebolehan beliau untuk membantu parti bagi menawan 
Putrajaya pada PRU akan datang.
Oleh itu, dengan hati yang kecewa pada PKR, beliau memilih untuk 
menyertai DAP apabila parti cauvanis itu dapat melihat kebolehannya 
untuk membantu parti bagi menawan Putrajaya pada PRU kelak.
"Saya cari ruang yang lebih besar, satu kumpulan yang akan memberikan 
saya lebih kebebasan dan tempat di mana bakat serta kepakaran saya akan 
digunakan sepenuhnya, tetapi saya masih sebahagian daripada gabungan itu
 yang mahu memberikan pilihan kepada pengundi," katanya.
Ini menunjukkan seorang lagi tokoh Melayu yang termakan dengan pujukan 
cina cauvanis untuk menyertai parti mereka. Aziz sanggup menjadi 
pengkhianat untuk menyertai DAP apabila beliau tidak mendapat apa-apa 
jawatan dalam PKR. 
Sebelum ini, tokoh sasterawan negera, Datuk A Samad Said juga telah 
mengesahkan bahawa dirinya telah menyertai parti cauvanis Cina itu. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment