Thursday, July 30, 2015
Polis Soal Siasat Ambiga Berhubung Ugutan Anjur Demonstrasi Jalanan
KUALA LUMPUR : Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan 
diarah tampil untuk disoal siasat selepas Ketua Polis Negara memberi 
amaran kerana tindakannya mengugut untuk mengadakan demonstrasi jalanan.
Ambiga yang juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam)
 memberitahu The Star, pegawai polis menghubunginya pada Khamis dan 
mengarahkannya datang ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada pukul 3 
petang, Jumaat.
Beliau berkata, siasatan terhadapnya dijalankan mengikut Seksyen 124 
Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk memaksa atau menahan sebarang 
tindakan yang menyalahi undang-undang.
"Saya akan hadir, kita tunggu apa yang berlaku seterusnya," katanya.
Sebelum ini, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran berhubung tindakan 
yang boleh menggugat keselamatan negara susulan rombakan Kabinet seperti
 dinyatakan Ambiga menerusi media untuk mendesak supaya diwujudkan 
kerajaan sementara.
Ketua Polis Negara meminta Ambiga menafikan beliau mengeluarkan kenyataan itu atau berhadapan risiko ditahan. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment