Monday, September 21, 2015
Krisis Pelarian : Kemanusian Di Eropah Hanya Tentang Gay
Krisis kemanusiaan akibat lambakan
pelarian dari Asia Barat yang menghantui kerajaan-kerajaan Eropah
seperti Croatia, Serbia, Slovenia, Jerman, Hungary dan lain-lain
sekarang ini, menyerlahkan sikap sebenar negara-negara Eropah terhadap
konsep hak asasi manusia yang diagungkan mereka selama ini.
Kita melihat pelarian ini dilayan macam
binatang, bagi makan pun main baling-baling macam itu saja. Ini berlaku
di Eropah, benua yang kononnya bertamadun dan kehadapan dalam soal hak
asasi manusia. Tak sebut lagi negara ni tendang ke negara tu, negara tu
tendang balik ke negara ni, dan lain-lain.
Bertamadun benarlah tu bagi manusia makan cara lempar-lempar macam bagi makan anjing.
Sedangkan negara kita Malaysia pula antara paling teruk dikecam kerana kononnya mengabaikan hak asasi manusia.
Tanggapan itu hampir betul ketika zaman
pemerintahan Tun Mahathir terutama dalam aspek penindasan berbentuk
penahanan tanpa bicara (ISA) kerana ia memang dilakukan secara
semborono, tapi sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih, banyak
yang telah berubah.
Semua perubahan ini bagaimanapun tidak
banyak mengubah status Malaysia dalam senarai negara yang dikatakan
mengabaikan hak asasi manusia. Bila undang-undang seperti ISA sudah
dihapuskan, ada pula isu lain seperti ‘menindas’ pengamal hubungan
sesama jenis terutama setelah suami ketua pembangkang dipenjara
kerananya.
Memburukkan keadaan, ada pulak dua ke
tiga ekor beruk dalam negara ini yang menjadi dalang, lagilah lancar
negara-negara Eropah ini mengecam kita kononnya tak bertamadun kerana
tak benarkan golongan sejenis ini mendirikan rumah tangga – macam nak
muntah pun ada.
Sedangkan bila berlaku krisis kemanusian
seperti yang sedang dihadapi Eropah sekarang, negara kita sebenarnya
terbukti ke hadapan dalam segala segi. Mengikut rekod lebih 150 ribu
pelarian dan pencari suaka politik berlindung di negara ini, majoriti
dari Myanmar. Ada makan ada kehidupan, cuma tak dibenarkan bekerja
saja.
Belum berlaku lagi keadaan kita
melempar-lempar makanan kepada mereka dan dek kerana kebaikan itu, ada
yang sanggup mati di kem-kem haram sepanjang sempadan Thailand demi nak
masuk ke negara ini.
Kalau nak dibandingkan dengan
negara-negara Eropah, 1000 lebih baik kita tapi kenapa tidak bantu
menyebarkan kebaikan ini? Croatia sebagai contoh, hanya sanggup terima
4,000 pelarian ini dan menyerahkan selebihnya kepada negara lain di
Eropah untuk menguruskannya, sedangkan kita sahaja, lebih 150 ribu!!
Ada negara Eropah terlibat dikesan
secara tergesa-gesa pasang kawat berduri, Hungary dalam satu malam
mengadakan undang-undang berkaitan pengawalan sempadan semata-mata
taknak beri pelarian ini masuk dan lain-lain lagi tindakan yang kalau
negara kecil macam kita buat, dipandang tidak berperikemanusian.
Jadi kepada yang terlalu memandang
tinggi negara-negara Eropah ini, sedarlah diri, mereka tidak bertamadun
sebaik yang kita semua sangka. Tafsiran hak asasi manusia ini juga
perlu dilihat semula, jangan sempitkan setakat hubungan sejenis saja
sedangkan bila ada krisis kemanusian yang sebenarnya, lebih hina pulak
mereka dari negara yang tak berapa maju ini pun.
Bantu pelarian, bagi makan serta
keperluan asas lain adalah memelihara hak asasi manusia yang sebenarnya
kerana pelarian adalah juga manusia dan mereka perlu dilayan seperti
manusia, bukan binatang. Eropah gagal bab ini, kita pulak yang lebih ke
depan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment