Monday, September 21, 2015

Memalukan Bila Felixia Yeap lebih tahu Islam dari Mat Sabu

EDITOR MENULIS...
21 SEPTEMBER 2015
Sememangnya benar Parti Amanah Negara (Amanah) telah meminta maaf dan benarlah juga Felixia Yeap telah memaafkan parti itu. Walau apa pun, berhubung poster Amanah yang mempergunakan wajah Felixia, saya tetap melihat ia merupakan sesuatu yang sangat memalukan.

Semalam, memang kecoh diperkatakan tentang hal ini. Baru saja ditubuhkan pada 3-4 hari, Amanah sudah buat onar. Sangat memalukan, parti itu memperguna gambar seorang mualaf yang baru kenal tentang dunia Islam.

Tidakkah Amanah rasa malu dengan apa yang berlaku? Cukup sekadar dengan meminta maaf dan menggerakkan 1,000 orang 'Orange Army' untuk melenyapkan poster berkenaan dari tersebar di laman sosial? Cukupkah?

Sebagai sebuah parti yang mendakwa dirinya 'lebih syumul' dan 'lebih progresif' Islamnya, Amanah sepatutnya langsung tidak terfikir untuk melakukan tindakan yang salah serta tidak beretika seperti itu, apatah lagi kepada seorang 'saudara baru' yang baru memeluk Islam.

Umum maklum bahawa Felixia merupakan seorang bekas model majalah lucah, Playboy, yang diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk berubah dan memeluk Islam. Beliau masih baru dan agak cetek dalam soal hukum hakam dan akhlak Islam.

Namun, dengan contoh yang diberikan oleh sebuah parti yang mendabik dada kononnya 'lebih syumul' dan sempurna, adalah sesuatu yang sangat memalukan untuk berkelakuan sedemikian. Syumul apa jika tidak beretika begitu?

Tidak malukah Amanah apabila 'dibancuh' dan disekolahkan' Felixia, seorang wanita lemah yang baru mengucap syahadah? Di mana maruah Amanah? Cukup dengan sekadar meminta maaf sahaja? Pada saya, pendekatan itu tidak berbaloi...

Sebagai sebuah parti baru yang mahu membuktikan maruah organisasi, Mat Sabu selaku Presiden parti perlu mengambil tindakan untuk menyiasat dan memecat pihak dalam partinya yang bertanggungjawab memalukan Amanah di khalayak umum.

Tidak malukah Mat Sabu dengan apa yang berlaku? Atau memang Amanah tidak bermaruah untuk membiarkan perkara seumpama itu berlaku di dalam parti tersebut?

Lebih mengejutkan, hikmah di sebalik insiden itu juga mendedahkan bahawa Amanah sememangnya mempunyai sepasukan besar 'tentera maya' yang digelar "Orange Army'. Jika dipetik dari kenyataan 'macai' Amanah, jumlahnya sekitar 1,000 orang.

Saya tertanya-tanya, apakah 'Orange Army' itu sama kerjanya dengan 'Red Bean Army' yang digembar-gemburkan berada di bawah arahan DAP sebelum ini? Apa kerja mereka? Diberi arahan dari atas dan kemudian terus melaksanakan arahan tersebut secara sukarela tanpa dibayar gaji?

Saya meyakini bahawa sekiranya ditanya tentang gaji 'Orange Army', berkemungkinan besar Amanah akan menafikan ada membayar gaji mereka. Tapi, percayakah anda dengan jawapan sedemikian? 
Lagaknya benar-benar seperti DAP, bukan? Amanah dan DAP menggunakan satu acuan yang sama, kah?

Justeru itu, saya memandang bahawa politik di zaman serba internet ini semakin hari semakin mencabar. Bukan saja rakyat Malaysia berdepan dengan 'Red Bean Army', kita kini juga berdepan dengan 'Orange Army'.

Jadi, janganlah terlalu hairan selepas ini jika pelbagai bentuk fitnah dan tohmahan makin menerjah ruang internet negara memandangkan semakin besar jumlah 'askar upahan' yang miliki parti politik pembangkang. Berhati-hatilah semua...

Apapun, saya benar-benar harap agar seluruh rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam supaya mengukuhkan kembali pegangan kita kepada Al-Quran dan Sunnah sebagaimana yang dipesan Rasulullah SAW. Insya Allah, kita akan terhindar dari propaganda dan permainan fitnah 'Red Bean Army' atau 'Orange Army'...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRi9-k6lkLvLEuzcyoax6kfUvkfTacPnmvYIbY9pD9wxT5ytriwDr2i60S4jTxQs8KwAzfbs3v5LGKVEGhFuPUqZOYvQKPpM068VXZz7A__HRf02MDvJFRubdLol1Fkm9ntvrwmzNZM3A/s200/IMG_4072-1.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment