Monday, September 21, 2015

Pembodek Mahathir Anggap Najib Macam Nyamuk

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar! Peribahasa melayu kan… Tapi dari bakar kelambu baik bunuh je nyamuk tu, tapi kalau nyamuk baik pulak perlu ke nak dibunuh?? Haha! Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin, tergamak menggelarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seekor nyamuk yang sangat merbahaya tetapi baik.

Hahhh?? Macam mana pulak tu kann… Macam pening je haha. Maksud Zainuddin, walaupun Najib diibaratkan nyamuk yang berbahaya lebih bahaya dari nyamuk denggi, tapi nyamuk ni masih lagi berupaya dan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan efisyen sekali.

“Nyamuk ini tidak perlu dibunuh walaupun ia dianggap lebih berbahaya dari nyamuk denggi kerana dia masih boleh diharapkan untuk menjalankan tugas yang lebih besar,” katanya

Menurut Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam, kalau Najib berjaya satukan UMNO dengan PAS, pasti orang-orang Melayu akan memaafkan ‘dosa-dosa’ perdana menteri itu. Maknanya segala isu-isu skandalnya sebelum ni dimaafkan terus.

“Sekiranya Najib berjaya menyatukan Umno dan PAS maka saya yakin orang Melayu akan memaafkan kesilapan-kesilapan besarnya,” tulis Zam dalam blognya.

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu yang juga merangkap pengkritik utama Najib itu berkata, lepas Najib dah selesai semua kerja.. Dia wajib serahkan tugasnya tu kepada TPM sebab TPM lebih kuat agama. Haha nak kata PM kurang sikit sekarang ni?? Cehhh.. Lepas tu nanti senang la PAS nak take over kan.

“Tetapi beliau wajarlah meninggalkan kerajaan setelah selesaikan tugas suci dan besar ini dan menyerahkan kepada timbalannnya (Tan Sri) Muhyiddin Yassin yang mempunyai pengalaman dan asas pendidikan agama yang kuat untuk memudahkan jalinan kerjasama yang mantap dengan PAS.” Katanya lagi.

Huhhh.. Ini kes kipas terpaksa ke atau macam mana?? Kejap puji kejap nak PM lepas jawatan haha.. Nampak tak permainan dorang nak spin muslihat sebenar..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment