Monday, September 21, 2015

PAS Dianggap Sebagai 'LANGAU' Jika Sertai Pakatan Baharu - Salahudin

Bukan main lagi.. Parti Amanah Negara (Amanah) nih makin berani bersuara… Sudah la baru-baru ni ada kes guna gambar Felixia Yeap tanpa kebenaran, free-free je kena marah dengan model muslimah tu. Nasib baik dah minta maaf dan permohonan maaf pun dah diterima. Kali ni parti Amanah dengan slumbernya cakap yang parti PAS kalau takde dalam pakatan baharu pun takpe sebab dorang tak penting pun!

Hahaaa! Ni mesti kes PAS tak nak kerjasama dengan DAP tapi PKR nak jugak-jugak PAS ada dalam pakatan baharu tu. Haishhhh masalah jugak kan dorang ni! Menurut Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.  Kalau PAS takde so parti Amanah, PKR, DAP bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang akan dapat mempercepatkan lagi penubuhan muafakat membawa berkat diaorang tu.

“Amanah mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam pakatan baharu pembangkang bagi membawa perubahan politik,” katanya.

Salahuddin juga turus mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa dorang hanya mahu bekerjasama dengan PKR je… So maknanya dorang taknak kerjasama dengan DAP dan Amanah dalam pakatan baharu tula kan haha kesian diaorang!!

Bergerak solo jela PAS oi apa susah hahaaa… Penyokong kan ramai buat apa nak takut. Geng-geng pun ‘setia’ je tak lari kemana huhuuu. Buat apa nak takut kan..

Amanah okey je kalau PAS nak join sekali dalam pakatan baharu tu tapi PAS pulak yang hegeh-hegeh tak nak. Patut la Amanah anggap PAS ni macam LANGAU je kalau join pakatan baharu tu, hahaa mungkin sebab takde function kot atau hanya menyusahkan lagi kot hurmm entah la.

Bak kata Nabil.... "Lu Fikir La Sendiri !!!!"

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment