Monday, September 21, 2015
Setia Muhyiddin Hanya Pada Tun M, Bukan UMNO
EDITOR MENULIS...
21 SEPTEMBER 2015
Saya antara beberapa yang terperanjat
dengan dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
bahawa perhimpunan Rakyat Bersatu (Merah) 16 September lepas bersifat
perkauman dan menakutkan peniaga cina di Petaling Street.
Soalan nombor satu saya, sejak bila
Muhyiddin chinese first, bukan dia Malay first ke?
Malah kita semua
masih ingat kejadian seorang wartawan cina di tegur Muhyiddin kerana
wartawan berkenaan mahu dia mengulang jawapan dalam bahasa Inggeris.
Nampak macam Melayu sangat kan? Tapi kenapa bila Melayu bersatu dalam satu perhimpunan Muhyiddin bidas?
Jawapan kepada persoalan itu hanya
muncul bila penulis pandang kiri dan kanan, barulah perasan, tak hairan
kenapa Muhyiddin berpandangan begitu, kiblatnya, Tun Mahathir Mohamad pun ada pendirian yang sama juga.
Cuma Muhyiddin dengan permainan
biasanya, ‘menunggu masa yang sesuai’ untuk mengeluarkan kenyataan
seperti itu – ketika berucap di depan orang cina dalam kawasannya
sendiri di Pagoh. Bila berucap depan orang Melayu, penulis yakin
Muhyiddin tidak akan sentuh langsung bab ini, biasalah.
Apa pun, tak sukar nak menjangka
pendirian Muhyiddin lagi dah selepas ini, tengok apa pendirian Tun M,
tahulah apa pendirian Muhyiddin. Dua-dua ini sudah macam mesin
fotocopy, kembar siam bersambung di dubur pun tak macam ini samanya.
Sebab itu saya tak nak bincang kenapa
perubahan pendirian ini berlaku, saya juga taknak bincang kenapa
Muhyiddin tak cakap benda sama terhadap perhimpunan haram Bersih 4 yang
antara lain mengancam keselamatan kanak-kanak peserta sambutan
kemerdekaan dan yang berkaitan dengan itu kerana semuanya sudah begitu
jelas.
Kesetiaan Muhyiddin tidak kepada yang
lain tapi hanya pada Tun M seorang. Dia akan mengikut apa juga yang
bekas Perdana Menteri itu laku dan katakan serta tidak berganjak walau
seinci daripadanya walaupun berlawananan dengan prinsipnya sendiri –
kalaulah Muhyiddin masih ada prinsip lagi.
Yang kata setia terhadap UMNO itu jelas hanya bongaknya saja.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment