Monday, September 21, 2015
Sewaktu Gambar PM Najib Dipijak, Pemuda MCA Pasir Gudang Di Mana?
“Awak kat mana, awak awak kat mana..”
Mungkin kata-kata dari senikata lagu yang
agak popular ini boleh dijadikan modal untuk sama-sama kita fikir dan
timbang-timbangkan sejauh mana kematangan Pemuda MCA Pasir Gudang dalam
berpolitik; itu pun kalau ada yang masih mahu berfikiran positif atas
semangat setiakawan Barisan Nasional.
Hakikatnya, sepanjang pemerhatian kita
sejak kejadian memijak gambar Presiden Barisan Nasional dan Presiden
PAS tempoh hari, tiada satu pun permohonan maaf yang dipohon oleh
masyarakat Cina, samada melalui MCA atau Gerakan di atas kelakuan
tersebut terhadap Presiden Barisan Nasional.
“Awak kat mana, awak awak kat mana..”.
Walhal, tatasusila dan kesopanan orang
kita sebelum ini sangat berbeza apabila ia melibatkan perkara-perkara
sensitif seperti itu. Kita masih ingat, MCA sering kali menjadi orang
tengah, bagi permohonan maaf atas provokasi melampau pada suatu ketika
dahulu. Sungguh pun ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan MCA
seolah-olah “pertahankan” si pelaku, namun sekurang-kurangnya, ada
permohonan maaf. Mengapa ianya tidak berlaku selepas insiden di Bersih
4?
“Awak kat mana, awak awak kat mana..”
Dengan tiada satu pun yang tampil untuk
memohon maaf atau sebagai wakil untuk memohon maaf, tiba-tiba Pemuda MCA
Pasir Gudang memutuskan hubungan dengan Presiden Barisan Nasional
dengan alasan Najib Razak menyatakan sokongan kepada Himpunan Rakyat
Bersatu (baju Merah).
Perlu diingatkan, bahawa Himpunan tersebut adalah
sah setelah mengikut syarat dan undang-undang yang ditetapkan oleh PDRM
dan DBKL. Tambahan pula, tiada insiden atau provokasi melampau seperti
yang berlaku di BERSIH 4. Malah, terbukti himpunan tersebut turut
disertai oleh masyarakat Cina, dan tiada pun insiden kekasaran terhadap
mana-mana pihak. Rasis? Kita rasa tidak.
Apa pula tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang
sewaktu Ketua Pemuda MCA Malaysia yang membenarkan ahli MCA sertai
perhimpunan haram BERSIH 4? Di mana sokongan Pemuda MCA Pasir Gudang
terhadap pendirian Presiden Barisan Nasional atas perhimpunan haram
tersebut?
“Awak kat mana, awak awak kat mana..”
Sudah tentu Pemuda MCA Pasir Gudang boleh
berbuat apa sahaja yang mereka rasakan betul dari kaca mata masyarakat
Cina sekaligus menjadi populis. Namun, cuba lah bersikap adil dan
saksama kepada Presiden Barisan Nasional sebelum cuba menjadi hero.
Sebagai sesi ulangkaji dan latih tubi
mata pelajaran Barisan Nasional, ingin rasanya kita sampaikan kepada
Pemuda MCA Pasir Gudang untuk membuat perhimpunan masyarakat Cina
menyokong MCA.
Itu lebih baik untuk parti MCA dan Barisan Nasional.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment