Tuesday, January 26, 2016
Dana RM 2.6 Billion : Sperma Sahih Jumpa Dalam Dubur Ada Orang Tak Percaya, Inikan…
Peguam Negara sebentar tadi mengesahkan
bahawa tidak ada kes yang boleh dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun
Razak berhubung dana politik berjumlah USD681 juta yang diterima beliau
pada tahun 2013. Dari jumlah tersebut hanya beberapa puluh juta sahaja
yang digunakan, bakinya, USD620 Juta dipulangkan semula kepada penderma.
Yang kini disahkan ahli keluarga kerabat
diraja Arab Saudi, bukan duit 1MDB pun seperti kata pembangkang dan
sekutu mereka Tun Mahathir.
Jadi fasa perbincangan isu yang
berkenaan berubah 360 darjah. Ia bukan lagi tentang fakta tapi lebih
kepada apa “aku nak percaya sahaja”. Di Malaysia ini itulah yang biasa
terjadi, DNA asal sperma sahih jumpa dalam dubur pun ada orang tak
percaya, apa sangat isu sumbangan politik macam ini.
Sementara ada yang lega dan fikir isu
ini dah selesai, tapi dengan segelintir orang yang tidak peduli halal
haram, syurga ke neraka, percayalah pengesahan oleh Peguam Negara hari
ini tak akan sunyi dari menjadi topik perbincangan dari dinding ke
dinding, dari kumpulan ke kumpulan dan dari twit ke retwit.
Puak-puak ini akan kembali beramal
kepada konsep, percaya apa yang mereka nak percaya sahaja, iaitu Najib
salah dan mereka betul, apa sebab mereka betul? Itu hanya mereka dan
mereka sahaja yang tahu. Kita yang normal dan waras dalam berfikir ini
tak boleh nak fikir macam mereka.
Kalau puak ini ada bukti kenapa Peguam
Negara salah, sila kemukakan. Orang yang menyiasat di SPRM itu pun
masih hidup lagi, begitu juga bekas Peguam Negara, pun masih ada
walaupun tidak sihat. Cakap pasal bekas Peguam Negara, janganlah kata
keadaan mungkin berubah kalau beliau masih Peguam Negara hari ini kerana
kalau tak direhatkan pada hujung Julai 2015 pun, kontrak
perkhidmatannya akan tetap tamat pada Oktober 2015.
Hari ini sudah Januari 2016.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment