Monday, January 04, 2016
Tanam Azam Bermanfaat Bersempena Tahun Baru 2016
KUALA LUMPUR : Umat Islam di seluruh negara dinasihat supaya
menanam azam tahun baharu yang dapat memberi manfaat kepada diri,
keluarga, masyarakat dan negara dalam membina negara bangsa.
Ketua
Penolong Pengarah Masjid Negara Ustaz Amru Alhaz Adnan ketika membaca
khutbah solat Jumaat bersempena Tahun Baharu 2016 berkata, setiap orang
dituntut supaya berusaha dengan kebenaran dan kesabaran, merancang
secara strategik dan idealistik serta beristiqamah dan tekun dalam
berusaha untuk mencapai sesuatu yang dicitakan pada tahun ini.
“Bagi memastikan kecemerlangan tahun 2016 ini, marilah kita
menanamkan azam yang jitu agar dapat mencapai apa yang dihajatkan.
Paling penting, azam ini menjadi wadah untuk kita mendekatkan diri
kepada Allah SWT supaya beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat,” katanya ketika menyampaikan khutbah bertajuk ‘Azam dan
Muhasabah Mercu Kejayaan’ di Masjid Negara hari ini.
Beliau turut menyeru semua umat Islam memulakan tahun 2016 dengan
jiwa yang bersih dan penuh semangat agar diberi kemudahan dan kesempatan
untuk menambah amal.
“Jika kita tergelincir dalam kemaksiatan, maka bersegeralah kita
kembali ke pangkal jalan memohon keampunan daripada Allah SWT dengan
amal kebajikan kerana pahalanya dapat menghapuskan dosa-dosa yang pernah
dilakukan,” katanya sebelum membacakan doa agar negara beroleh
kesejahteraan sepanjang tahun ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment