Wednesday, February 24, 2016
Rakyat Malaysia Tahu Semuanya Ini..... DAP Buktikan Mereka Mendominasi Pakatan
Bukan sesuatu yang baharu, apabila kita melihat DAP memimpin orkestra
Pakatan Harapan ketika ini. Untuk rekod, kita boleh melihat kembali
kepada peranan DAP sewaktu tahaluf siyasi menjadi “gam” yang dihidu
seharian, sehingga mengkhayalkan PAS dan PKR.
Tanpa disedari, atas alasan tersebut, DAP mendominasi kebanyakkan kemelut, yang akhirnya tidak merugikan parti itu.
Pemecatan 2 ADUN PKR dalam jawatan GLC di Pulau Pinang hanyalah
sebahagian dari rentetan pelbagai peristiwa yang menjadi saksi bahawa
DAP adalah pemimpin utama di dalam gabungan pembangkang.
Azmin Ali tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran negeri Pulau Pinang,
itu adalah alasan yang diberikan dalam tindakbalasnya terhadap reaksi
Azmin yang tidak bersetuju dengan pemecatan 2 ADUN PKR dari jawatan di
anak syarikat negeri.
Baru-baru ini, ADUN PKR yang berkecuali daripada mengundi menentang usul
UMNO untuk menghentikan semua projek penambakan di Pulau Pinang sewaktu
sidang DUN November lalu, dilapor telah ditamatkan perkhidmatan mereka
sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
Begitulah angkuhnya LGE terhadap rakan di dalam satu pakatan. Jika
“rakan” pun sanggup disingkirkan, bayangkan apa pula nasib pembangkang
di Pulau Pinang?
Keberanian LGE berbuat demikian bukanlah atas sifat semulajadinya,
tetapi rasa yakin dan selesa dengan sokongan yang diterimanya. DAP tidak
memerlukan sokongan parti lain untuk membentuk kerajaan di Pulau
Pinang. Atas hakikat itu, maka mengapa perlu bergantung harap kepada
PKR?
Berbeza dengan PKR, mereka tidak mempunyai kuasa mutlak di Selangor, kerana terpaksa berkongsi dengan DAP dan PAS.
Mungkin ada mesej dari Yang Maha Kuasa dengan apa yang telah berlaku di
dalam Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan ketika ini. Dari perpecahan
yang telah berlaku ke atas PAS, sehinggalah penguasaan DAP di Pulau
Pinang, seharusnya perlu untuk kita sama-sama menilai akan rupa dan
watak sebenar DAP apabila diambil sebagai sekutu dan diberi kuasa.
Mungkin kita mempunyai pandangan yang berbeza dalam pelbagai perkara,
namun bila ia melibatkan perkara-perkara besar seperti soal siapa yang
bakal menjadi pemerintah, wajib untuk kita satu hati.
Itu pun ramai yang masih berbangga mengibarkan bendera DAP.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Sampai Perlu Minta Ampun Pada Guan Eng? Dimana Maruah PKR?
Sehari dua ini, banyak mata sedang bertumpu pada Menteri Besar Selangor,
Dato’ Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Seorang memimpin Selangor dan seorang lagi memimpin Pulau Pinang.
Seorang PKR dan seorang lagi DAP. Dua ‘sahabat baik’.
Mereka berdua ‘bergaduh’. Guan Eng pecat dua Adun PKR dari GLC, Azmin
tempelak. Guan Eng bidas balik dan beri amaran supaya Azmin jangan
campur urusan kerajaannya. DAP Pusat pula keluar kenyataan sokong Guan
Eng.
Apa yang menarik di hati penulis adalah tindakan PKR Pusat. Sudah
terang-terang dua Adun PKR itu membantah projek Guan Eng demi
kepentingan rakyat Pulau Pinang. Sudah jelas Timbalan Presiden PKR
bantah Setiausaha Agung DAP.
Tapi PKR Pusat bertindak minta ampun pada Guan Eng? Ketawa besar penulis
dibuatnya. Naib Presiden PKR, Tian Chua sendiri kata dalam satu
kenyataan bahawa PKR ‘amat berharap Guan Eng bermurah hati dan bersedia
mengampuni‘.
Sampai begitu sekali ‘takut’ pada Guan Eng? Minta ampun? Layaknya Guan
Eng itu bagaikan ‘putera raja’ pula tarafnya di mata PKR. Kenapa tidak
terus saja cakap mahu mesyuarat untuk selesai sengketa? Sebab mahu jaga
air muka Guan Eng? Teruk sungguh PKR bodek DAP…
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Ini Antara Punca Utama Mukhriz Tumbang Di Kedah?
EDITOR MENULIS...
23 FEBRUARI 2016
Majlis angkat sumpah Exco Kerajaan Negeri Kedah sudah pun berlangsung
dan teka-teki tentang siapakah yang bakal dilantik, bakal digugurkan
atau dikekalkan telah terjawab. Sembilan barisan Exco akhirnya
dikekalkan jawatan masing-masing dengan hanya sedikit perubahan pada
portfolio mereka sebelum ini.
Sebelum majlis angkat sumpah itu berlangsung, sudah kedengaran bunyi
'busuk' dari kem bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir.
Mungkin bila hati sudah 'busuk', maka yang keluar dari mereka, hanya
yang 'busuk-busuk' sahaja.
Selepas majlis angkat sumpah selesai, mereka ucap tahniah pada sembilan
Exco yang dikekalkan. Tapi dalam tahniah itupun, mereka sempat cucuk
jarum 'busuk hati', cuba melaga-lagakan antara barisan Exco dan
Adun-Adun BN.
Busuk atau tidak hati perut mereka apabila sengaja mengucapkan 'takziah'
kepada Adun BN yang tidak terpilih sebagai Exco. Kononnya Adun-Adun BN
itu memasang angan-angan dan dijanjikan untuk dilantik sebagai Exco,
tapi impian itu tidak kesampaian.
Lebih jijik lagi kebusukan hati mereka, Adun-Adun BN itu sengaja
diperhangatkan lagi caci maki yang mereka terima selepas menuntut
Mukhriz digugurkan, kononnya dikhianati pula dengan janji yang tidak
tertunai sementara jawatan yang diidam pula diisi oleh Exco lama.
Nampak atau tidak permainan busuk hati mereka yang mendakwa 'pejuang
parti' yang kononnya mahu 'memperkukuhkan parti'? Mereka itu yang
Mukhriz simpan dalam kem beliau? Patutlah tidak lama jadi Menteri Besar,
kem beliau sendiri yang 'sokong membawa rebah'!
Saya tidak nafikan, mungkin ada di kalangan Adun BN Kedah yang
bercita-cita untuk dilantik ke jawatan Exco. Tapi mereka itu bukanlah
jenis yang mengada-ngada atau gilakan jawatan, hingga tidak mahu
lepaskan jawatan walaupun hilang kepercayaan majoriti.
Adun-Adun BN Kedah yang tidak dilantik itu bukanlah jenis 'khianat
parti' yang tergamak memburuk-buruk dan memperlekeh orang lain bila
hilang jawatan. Mereka bukan jenis yang suka heret pihak Istana dan
rakyat yang tidak tahu apa-apa bila kuasa politik atau 'projek cari
makan' mereka tergugat.
Lebih penting, Adun-Adun BN dan Exco yang baru angkat sumpah itu
bukannya mempunyai orang-orang keliling yang berhati busuk seperti di
kem bekas Mukhriz. Mereka tahu tentang kepentingan parti melebihi dari
bos mereka.
Itulah sebenarnya yang gagal difahami oleh mereka yang tinggal di kem
Mukhriz. Mereka fikir mereka bijak dan hebat bila diterima untuk berada
di keliling Mukhriz. Padahal, mereka itu hanyalah 'terpaksa' dibawa
masuk untuk menutup lolongan-lolongan 'tak cukup makan' di media sosial
saja...
Mereka mendakwa mereka berjaya dalam kem Mukhriz? Apa yang saya
lihat, mereka hanya berjaya mempopularkan Mukhriz secara peribadi pada
golongan netizen. Tidak lebih dari itu. Netizen itu pula ramai yang
bukan dari Kedah, bukan pengundi, ahli PAS tegar, malah Red Bean Army
pun ada!
Dimomokkan Mukhriz berjiwa rakyat dengan selfie-selfie terancang? Turun
minum di kedai tepi jalan pun bawa pasukan media sosial upahan untuk
rakamkan gambar dan sebar untuk di kalangan rakyat, kononya bos mereka
'berjiwa rakyat'? Lakonan drama murahan apakah ini? Itu tahap mentaliti
kem Mukhriz untuk memperbodoh rakyat Kedah?
Pada pandangan saya, jika berada ditempat Mukhriz, sudah lama penulis
'buang' mereka-mereka yang 'sokong bawa rebah' itu. Bukan saja
'nasihat-nasihat yang tak boleh pakai', malah sikap 'busuk hati' yang
ada pada mereka hanya menjahanamkan nama baik Mukhriz di negeri Kedah.
Sebenarnya, saya difahamkan bahawa ramai rakyat Kedah yang memerhati
permainan bodoh kem Mukhriz yang memburukkan imej bos mereka itu. Tapi
mereka pendam kerana ramai netizen yang 'jahil' sudah terpengaruh dengan
propaganda 'tin kosong' tersebut. Ramai yang merungut di belakang...
Kepada Mukhriz, kesempatan yang diberikan Allah untuk bertugas sebagai
Adun BN biasa kali ini, patut digunakan sepenuhnya untuk memahami budaya
sebenar politik Kedah. Mungkin beliau berniat untuk 'berani berubah'
budaya politik UMNO di Kedah.
Tapi bagaimana hendak 'berani berubah' jika Mukhriz sendiri gagal
memahami budaya yang hendak di'berani berubah' itu? Apabila tidak faham
dengan budaya politik Kedah, tapi degil juga mahu 'berani berubah', maka
sedialah untuk beliau sendiri di'berani berubah'kan oleh budaya politik
Kedah itu sendiri.
Pemimpin politik berpengalaman seperti Tan Sri Sanusi Junid dulu pun
pernah menerima padah, apatah lagi Mukhriz yang hanya berjaya jadi
pemimpin melalui cara 'beri laluan' kerana hormat pada jasa Dr Mahathir.
Itu yang Mukhriz gagal fahami selama ini agaknya, kan?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
'Macai Pemakan Dedak' Pandai Bercakap Tentang Maruah?
EDITOR MENULIS...
23 FEBRUARI 2016
Ada seorang 'macai' Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang bertanyakan soalan
bodoh tentang seruan kepada ahli serta penyokong UMNO supaya kembali ke
perjuangan demi kepentingan parti, dan menolak perjuangan demi
kepentingan peribadi.
'Macai' itu bertanyakan tentang persepsi pada pucuk pimpinan UMNO, sama
ada semakin dihormati dan lebih kuat. Dan secara sinis, 'macai' itu
mempersoal kononnya pucuk pimpinan menjadi badut sarkas yang asyik
diketawakan. Dia seterusnya bertanya di mana maruah sebagai parti
keramat Melayu yang bernama UMNO dengan situasi itu.
Itu yang 'macai' Mukhriz faham tentang perjuangan? Saya fikir selaku
'kepala perang', otaknya bergeliga, tapi mungkin hanya geliga di
kalangan 'macai' Mukhriz sahaja, tapi tidak mengenal erti politik
kepartian dengan lebih teliti.
Pada pandangan saya, ketika mana Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi
Perdana Menteri, mungkin 'macai' itu baru kenal dunia. Mungkin dia baru
sekolah rendah dan hingus selalu meleleh minta dilap berkali-kali. Dia
mungkin tidak tahu erti politik sebenar. Tidak belajar tinggi atau bukan
lulusan universiti mungkin?
Mahathir ketika awal naik jadi Perdana Menteri, kedudukan beliau goyah.
Dilantik ke jawatan itu pada 1981, Mahathir berkali-kali terpalit dengan
bermacam jenis skandal mega dan pelbagai isu yang amat kontroversi.
UMNO pernah diharamkan di zaman Mahathir. UMNO berpecah-belah di zaman
Mahathir. Sengketanya dengan Ku Li melahirkan Semangat 46 dan pemecatan
Anwar pula melahirkan PKR. UMNO betul huru-hara di bawah 22 tahun
pentadbirannya.
Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas yang tidak bersalah dipecat begitu
saja. Boleh dikatakan fenomena pegawai-pegawai awam termasuk Special
Branch dan seumpamanya adalah biasa. Melawan sikit, pasti akan disuruh
bersara, ditukar atau 'disejuk bekukan'.
Di zaman Mahathir, mana-mana Timbalan Menteri, Menteri atau Timbalan
Perdana Menteri sekalipun tidak berani angkat muka. Sekadar cadangan
yang membantah sedikit idea Mahathir, pasti kariernya 'tidak hidup
lama'. Cuba periksa sendiri berapa ramai Timbalan Menteri, Menteri dan
Timbalan Perdana Menteri yang pernah menjadi mangsa beliau.
Kerana corak itulah beliau digelar MahaFiraun dan MahaZalim oleh pihak
pembangkang ketika itu. Mereka diluar melihat. Rakyat di zamannya turut
menjadi saksi. Pelbagai dasar yang beliau memang ditentang hebat. Cuma
ketika itu belum ada Blog, Facebook, Instagram atau media sosial untuk
hentam Mahathir sebagaimana yang Dato' Seri Najib Razak alami sekarang.
Untuk pengetahuan 'macai' Mukhriz itu, semua pihak tertekan ketika itu.
Skandal-skandal yang membabitkan perniagaan anak-anaknya 'ditutup
rapat'. Siapa yang 'buka', siaplah akan beliau kerjakan secukup rasa.
Anwar sebagai contoh antara mangsa skandal 'mega-bailout'.
Siapa kata parti kuat ketika itu? Presiden UMNO ketika itu tutup sebelah
mata bila Anwar tebar kertas 'pink' ketika pemilihan UMNO. 'Cash is
King' hidup subur di zaman 'ayahanda' kepada bos 'macai' tersebut.
Dialah 'bapa' kepada 'Cash is King' yang merosakkan dalaman UMNO lebih
dua dekad.
Bercakap mengenai perjuangan yang belum selesai? Perjuangan apa yang
belum selesai? Perjuangan untuk mengkayakan perniagaan anak-anaknya?
Sudah letak jawatan Penasihat Petronas, beberapa jam kemudian telefon
Najib minta tarik balik perletakan jawatan? Sebab apa? Sebab mahu
selamatkan syarikat anak sebagai pembekal utama dalam GLC terkaya
negara?
'Macai' usah cakap soal perjuangan jika ramai yang 'macai' sepertinya
dikatakan 'pemakan dedak'. Usah bercakap soal badut sarkas jika ayahanda
bosnya dulu diperlakukan lebih teruk dari badut sarkas kelas bawahan.
Usah berbicara soal maruah parti jika diri 'macai' sendiri tiada maruah,
apabila bila merelakan perjuangan parti 'dibeli' individu tertentu.
Untuk bercakap soal parti, boleh tunggu pemilihan agong UMNO. Ketika
itu, lobilah Mukhriz semahu mungkin. Jika Allah izinkan, maka menanglah
nanti Mukhriz. Dengan lobi dari 'macai', mungkin Mukhriz akan menang
bertanding jawatan dalam UMNO, setelah tewas berkali-kali dalam
pemilihan sebelum ini.
Dalam parti, ada yang membenci Dr Mahathir dahulu. Ada yang berikrar
mahu jatuhkan Mahathir, melancarkan gerakan menumbangkan Mahathir, dan
ada ahli UMNO yang tutup televisyen bila Mahathir berucap. Tapi,
perasaan peribadi itu diketepikan apabila berdepan dengan masyarakat
umum terutama menjelang pilihan raya.
Kenapa diketepikan kebencian pada Mahathir? Kerana takut padanya? Tidak!
Perasaan itu diketepikan kerana status Mahathir sebagai Presiden dan
prinsip politik kepartian yang tinggi. Jati diri Melayu UMNO yang segar
dan tulen dari pejuang parti sebenar, bukan jenis 'pemakan dedak'
seperti 'macai' Mukhriz.
Dihulurkan salam damai, tapi tuba yang dibalas Mukhriz dan
'macai-macai'nya? Itulah contoh terbaik politik yang mementingkan
kepentingan peribadi berbanding politik kepartian. Agaknya itulah yang
'macai' katakan sebagai 'bermaruah'?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Masalah Ahli Parlimen Merbok Antara Masalah Yang Gagal Diselesaikan Mukhriz
ALOR SETAR : Ahli Parlimen Merbok, Dr. Ismail Daut membuat laporan polis
ekoran bimbang pada tahap keselamatan diri dan keluarganya, kerana
mendakwa terdapat cubaan dari beberapa orang bekas pekerja serta
kontraktor yang dikatakan cuba mengambil 'kesempatan' terhadap kedudukan
beliau sebagai Ahli Parlimen.
Laporan polis berkenaan turut mengatakan Ahli Dewan Undangan Tanjung
Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain, yang juga merupakan Ketua Bahagian
UMNO Merbok telah mempertikai wibawa beliau selaku Ahli Parlimen Merbok
yang tidak menunaikan tanggungjawab kepada rakyat di kawasan
diwakilinya.
Menurut sumber kami, Dr Ismail yang juga merupakan Timbalan Ketua
Bahagian Merbok dan Tajul Urus sebenarnya sudah lama tidak sehaluan
disebabkan beberapa perkara yang melibatkan kepentingan rakyat di
kawasan dan peranan masing-masing sebagai Adun dan Ahli Parlimen.
Kata sumber berkenaan, beberapa program yang dibuat diperingkat parlimen
yang melibatkan peruntukan, tidak sampai kepada rakyat sehingga
menyebabkan ramai yang merungut tentang kemungkinan berlakunya
penyelewengan peruntukan.
Sumber turut menjelaskan bahawa rungutan itu bertambah kecoh apabila
beberapa kontraktor turut mendakwa tidak mendapat bayaran yang
sepatutnya mereka terima bagi program yang telah dilaksanakan.
Susulan itu, difahamkan bahawa kontraktor terbabit telah membuat satu
laporan polis mendakwa berlaku penyelewengan wang peruntukan terhadap Dr
Ismail sebelum ini.
Berkenaan dengan Tajul Urus pula, Ketua Bahagian UMNO Bahagian Merbok
itu bertindak mempertikai peranan Timbalannya yang menjadi bahan
rungutan ramai pihak dan berkemungkinan menyebabkan rasa kurang senang
Dr Ismail terhadap pertikaian itu.
Difahamkan bahawa isu ini adalah antara masalah yang sudah lama berlaku
di UMNO Bahagian itu dan terbiar tidak diselesaikan oleh bekas Pengerusi
Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Desas-desus mengatakan bahawa Mukhriz sendiri tidak tahu menahu tentang
permasalahan di UMNO Bahagian Merbok itu, sekali gus membuktikan beliau
gagal dalam menjalankan peranan selaku Pengerusi UMNO Negeri untuk
menyatukan semua pemimpin parti itu di semua peringkat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Mahathir Mahu Paksa Najib Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri
Strategi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kali ini adalah
bagi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Malah
Mahathir berjanji akan memaksa Najib untuk meletak jawatan sebagai
perdana menteri.
Eshhh, kejam betul!! Kita boleh syak yang Mahathir akan melakukan perkara
yang sama sebagaimana dia menggulingkan Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi. Mungkin juga lepas ni kalau perdana menteri lain yang naik,
perkara sama akan berulang. Tidak mustahil lagi.
Entah siapa la yang paling layak jadi perdana menteri di mata Mahathir,
mungkin anak dia kot!! Atau mungkin Mahathir nak singkir Najib sebab nak
naikkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.., betul tak?
Ohhhh, mungkin disebabkan itu Mahathir menyalahkan seratus peratus di
atas kepala Najib, tindakan tersebut bagi menjahanamkan dan memburukkan
Najib.., jadi senang sikit dia nak naikkan anak beranak dia.
Strategi Mahathir bermula dengan menuduh bahawa kerajaan tidak
melaksanakan undang-undang dengan betul. Malah mewujudkan undang-undang
baru bagi melindungi sesetengah pihak.
“Undang-undang tidak dilaksanakan dengan betul, undang-undang baharu
diwujudkan untuk sesuatu perkara lain tapi orang lain yang ditangkap”
tuduh Mahathir.
Lebih mengejutkan, Mahathir langsung tidak mengaku bahawa dirinya telah
menyalahgunakan undang-undang pada zaman pemerintahannya. Masih ingat
akta ISA?? Lupakan korang bahawa Mahathir menggunakan akta ISA bagi
menangkap individu yang mengkritiknya.
“Saya tahu ketika waktu saya, kita ada ISA tetapi saya tak guna ISA untuk menahan orang yang mengkritik saya” katanya.
Hahaa! Kelakar betul… Semua orang tahu la yang Mahathir gunakan ISA
untuk menahan Anwar Ibrahim sebab mengkritiknya. Cuma bezanya dahulu
tiada facebook dan aplikasi laman sosial, jadi kurang la mendapat
perhatian. Jadi memang mudah la nak sembunyi segala kejahatan dan
kejahilan yang dilakukan Mahathir.
Gara-gara tak mengaku dia guna ISA untuk tahan orang yang mengkritiknya,
malah Mahathir menuduh individu yang ditahan di bawah akta ISA dahulu
disebabkan mereka berbahaya dan memberi ancaman kepada negara. Ohhh,
mungkin dorang pengganas kot noh.. Hahaha!
Sebab tu Mahathir beriya-iya menuduh Najib menggunakan undang-undang
untuk menahan sesiapa sahaja yang mengkritik kerajaan. Mereka disoal dan
dibicarakan… Padahal pihak berkuasa hanya menahan individu yang
melakukan ancaman kepada negara. Beza okey, dengan tindakan Mahathir!
Konon Mahathir nak jadi hero yang selamatkan rakyat dan selamatkan
negara dari kehancuran. Nak jaga nama negara untuk kekal pada reputasi
terbaik… Ehhh, habis tu selama ni Najib buat apa?? Bukan jaga reputasi
negara ka?? Mahathir ni dok rasa dia la pemimpin terulung, perasan
lebih!
Malah menuduh Najib lah punca nama negara busuk sekarang ini… Mahathir
turut memberi amaran bahawa lebih baik Najib letak jawatan dengan cara
baik, sebelum dia melakukannya dengan cara keganasan, revolusi dan
sebagainya.
Uihhhh.. Mahathir nak hantar pembunuh upahan ke?? Haha! Takpe la kita
layan jela perangai Mahathir ni. Tengok sejauh mana ‘perjuangannya’
bersama macai-macainya yang lain. Mampu ke nak gulingkan Najib??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Muhyiddin Jangan Bersikap Seperti Anjing
Rasanya bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah
temui lawan yang sebenar. Jika sebelum ini Muhyiddin sibuk menghentam
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi mangsanya hanya berdiam
diri sahaja. Haaaa.. Kali ini menteri kabinet Najib tolong jawabkan.
Buku sudah bertemu ruas…. Agak korang Muhyiddin berani ke nak hadap
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz?? Berani lagi ke Muhyiddin nak hentam
Najib dan berhadapan dengan Nazri yang berani dan cakap main lepas je
ni??
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri, dia memberi amaran
keras kepada Muhyiddin supaya jangan menjadi seperti anjing dan jangan
bersikap seperti anjing yang hanya tahu untuk menggigit kaki. Betul
sangat la apa yang dia kata tu, jangan hanya tahu menyalak macam anjing.
“Kita kena concentrate sebagai satu pasukan membantu presiden untuk membantu rakyat,
“Tapi kalau Muhyiddin bersikap macam anjing dok gigit kaki kita, kita nak buat kerja pun susah” tegas Nazri.
Tambah Nazri, jika Muhyiddin sudah tidak mampu untuk memberi sokongan
penuh kepada presiden UMNO, sudah tidak mampu untuk menabur bakti
sebagai Timbalan Presiden UMNO, jalan yang terbaik adalah melepaskan
jawatan yang disandangnya itu.
Muhyiddin patut sedar kenapa menteri-menteri Kabinet memilihnya sebagai
Timbalan Presiden UMNO dahulu, sebab dia dilihat mampu untuk membantu
presiden. Tapi kalau sekarang sudah tidak mampu membantu presiden, apa
lagi.., berambus jela.
Muhyiddin jangan rasa dia sorang je yang hebat, jangan ingat yang dia
sorang je yang betul dalam semua perkara sehingga dengan
sewenang-wenangnya menghentam dan mengkritik orang lain. Mungkin dia
sudah lupa diri, lupa daratan dan lupa di mana tempat yang dia pijak
sekarang ni.
Ehhhh, helloooo… Nak cakap yang dia sorang jer ke yang bagus dan mulia
di mata rakyat?? Dia sorang jer ke yang memperjuangkan kebajikan rakyat,
habis pemimpin lain buat apa selama ni?? Buat wayang Cina ke??
Muhyiddin harus ingat, bahawa bukan dia seorang sahaja pemimpin yang
membawa suara rakyat. Bukan dia sorang je pemimpin yang mahu
memperjuangkan hak-hak rakyat dan mahu membela nasib rakyat.
“Kalau dia (Muhyiddin) bagitahu bahawa dia buat ini atas kepentingan
rakyat, apa?? Dia fikir Tuhan hantar dia turun ke bumi ni dia seorang ja
mewakili rakyat?
“Kalau dia kata dia buat semua ini sebab takutkan Tuhan, apakah dia
hendak menyatakan bahawa saya tidak takut Tuhan?” soal Nazri lagi dengan
nada keras.
Betul jugak kan, kadang-kadang Muhyiddin ni cakap tak pakai otak juga..,
itu pun jangan nak menghentam orang lain. Ingat diri tu bagus sangat
sampai cakap yang dia sorang je yang mewakili rakyat, dia sorang je yang
takut Tuhan. Habis dia ingat orang lain tak takut Tuhan ke?? Amboiiiii,
buat macam banyak sangat jasanya kepada rakyat.
Muhyiddin patut sedar diri dan jangan terlalu sombong! Kalau sudah tidak
mampu untuk tolong presiden dipersilakan keluar, jangan sampai orang
usir baru nak menangis macam anak kecil minta simpati.
Kalau nak berlawan dengan Nazri, silakan.. Nazri memang tidak kisah,
Nazri gentleman kot!! On saja!! Siap nak usulkan perkara ini ke Lembaga
Disiplin.. Biar dia kena gantung jawatannya tu.
Kalau dah spesis tak sedar diri ni susah jugak kan, disebabkan dia
Timbalan Presiden dia nak angkuh merasakan dirinya hebat.. Hebat sangat ke?? Perasan je lebih!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Nazri Seorang Pemimpin Yang Patut Dicontohi
Tindakan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dengan beraninya
mempertahankan pucuk kepimpinan teratas Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak daripada segala kritikan dan kutukan wajar dijadikan sebagai
contoh. Nazri sememangnya sesuai dijadikan teladan kepada
pemimpin-pemimpin yang lain.
Selain mempertahankan Perdana Menteri, Nazri juga menghentam hebat Bekas
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkelakuan
biadap dan keterlaluan terhadap pucuk pimpinan teratas.
Walaupun ramai penyangak-penyangak pemimpin UMNO yang cemburu dengan
kesetiaan dan keberanian yang ditunjukkan Nazri. Namun dia tetap dengan
pendiriannya mahu mempertahankan bosnya.
Secara terus-terusan Nazri mendesak supaya Muhyiddin melepaskan
jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Mana tidaknya, kalau
Muhyiddin hanya mampu membusuk dalam parti baik dia keluar sahaja…
Kehadirannya bukan memudahkan, malah merumitkan lagi keadaan kerana
tindakannya yang terus mengkritik Najib.
Keberanian Nazri lebih terserlah apabila dia bersedia untuk membuat usul
pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang akan datang supaya Muhyiddin
digantung jawatan Timbalan Presiden. Nazri sememangnya seorang yang
hebat dan berpendirian tinggi, tiada siapa mampu menidakkan kenyataan
tersebut.
Langsung tidak hairan sekiranya pendirian yang diutarakannya bakal
dikecam atau dirinya bakal dihina. Langsung tidak terkesan bagi diri
dia… Sikap berani Nazri itu sampaikan Lim Kit Siang pernah digelar “otak
bodoh”, “otak benak”, “bohong” dan yang paling best “pondan”.
Ahli parlimen yang lain mampu ke jadi sehebat Nazri?? Kalau setakat
hebat di luar dewan sahaja baik tak payah. Kalau setakat hanya di luar
dewan je berani nak kutuk, menghentam dan mengkritik buat apa. Bila
jumpa secara berdepan kecut perut.
Nazri merupakan contoh seorang pemimpin yang setia dan baik, kerana
bermati-matian membela nama bosnya. Kalau anak buah sendiri nak makan
bos, apa cerita! Setakat ahli pemimpin lain hanya mampu berdiam diri
sebab risau akan kedudukannya, itu bukan pemimpin yang baik.
Membela ketua bukan bermaksud “menjilat”, “kaki ampu” mahupun “kaki
bodek”. Membela ketua bermakna kita benar-benar memperjuangkan matlamat,
dan memang menjadi tanggungjawab kita untuk memberi sokongan kepada
ketua disaat mereka diuji dan diasak..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Bukti Rakyat Kedah Sudah Muak Dengan Mukhriz Mahathir
Sudah terang lagi bersuluh, apa lagi yang mahu dinafikan oleh Bekas
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengenai ‘sokongan’
rakyat terhadapnya yang dikatakan tiada belah bahagi.
Sokongan padu la sangat, tapi kalau poster gambarnya yang digantung
secara terbalik ini apa maknanya pula?? Makna sokongan rakyat Kedah
terhadap Mukhriz kini tunggang terbalik ka macam mana?
Gambar poster Mukhriz yang digantung secara terbalik di sekitar
bandaraya Alor Setar ini sudah cukup membuktikan yang ‘penyokong
Mukhriz’ kini sudah muak dan bosan dengan perangai perasan bagus anak
Mahathir itu.
Iyelaaaaa… Geng pemakan dedak Mukhriz sudah ketandusan sumber. Mukhriz
dah takde, sapa lagi yang nak bagi dorang ‘makan dedak’?? Sebab tu
sekarang ni penyokong Mukhriz tunjukkan belang sebenar. Orang dah jatuh
tersungkur buat apa nak sokong lagi, betul tak??
Itu pun jangan, ada lagi segelintir penyokong yang sanggup mati demi
Mukhriz menuduh tindakan menggantungkan gambar Mukhriz secara terbalik
tersebut adalah perbuatan orang-orang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri
Bashah. Cehhhhhhh, padahal memang penyokong Mukhriz yang buat sebab dah
'fedup' dengan cakap kosong si boboi tu.
Macai yang dok makan dedak kini kelaparan sebab sumber dedak dah habis,
sebab tu kini dorang sedar sapa sebenarnya pemimpin yang lebih layak
memerintah. Mungkin mereka sudah malas nak layan wayang pacak yang
dipersembahkan Mukhriz.
Korang yang sibuk-sibuk nak mempertahankan Mukhriz ni apa yang korang
dapat ehhhh?? Kesian dekat korang kan, sebab korang susah payah dekat
sini tapi Mukhriz bukan main seronok lagi bercuti kat luar negara dengan
family dia.. Hahahaha! Padan muka korang.
Konon penyokong setia la sangat kan…. Puihhhhhh! Mukhriz pernah ke fikir
pasal korang?? Takde pun kan… Habis kuat buat video selfie, lepas tu
muatnaik di Instagram. Lepas tu mengaku kononnya pemimpin berjiwa rakyat
yang prihatinkan kesusahan yang di alami rakyat. Tulis ayat-ayat sedih
sikit, ayat minta simpati dari rakyat.. Hahahah, kesiannya.
Padahal dia tak tahu yang rakyat Kedah dah mula meluat, sebab Mukhriz
dan family dia sampai sekarang tak boleh terima kenyataan yang boboi ni
bukan lagi Menteri Besar Kedah.. Hahahah..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
PBT Pulau Pinang Salah Guna Kuasa Halalkan Banner Anwar
Hairan sangat bagaimana perkara sebegini boleh terjadi.. Apakah selama
ini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pulau Pinang sedang tidur atau mereka
pekakkan telinga menurut segala kehendak pembangkang?
Apa Majlis Bandaran Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Pembandaran Seberang
Perai (MPSP) buat selama ini, sehingga mereka bertindak MENGHALALKAN
setiap tindakan yang dilakukan oleh pembangkang Parti Keadilan Rakyat
(PKR) ini.
Kena suap ke macam mana?? Hairan, macam mana dorang boleh benarkan
banner besar ada muka Anwar Ibrahim dipaparkan dengan motif memburukkan
kerajaan dan menghasut rakyat. Lebih mengejutkan, banner #BebaskanAnwar
terpampang di beberapa kawasan di negeri tersebut.
Apa yang bertambah menyakitkan mata melihat adalah dalam banner tersebut
tertera tulisan ‘BEBAS RAKYAT BEBAS ANWAR’, kononnya selama ini Anwar
hanyalah mangsa tahanan politik yang zalim.
Padahal seperti korang semua sedia maklum, Anwar menjadi tahanan penjara
kerana dia didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful
Bukhari Azlan. Anwar sendiri yang ‘sangap’ terlebih nafsu binatang, tapi
senang je dorang cakap Anwar tahanan politik.
Mungkin pembangkang ni nak lawan undang-undang negara kot. Tak boleh
terima kenyataan keputusan mahkamah… Nak cabar undang-undang negara
agaknya. Biadap betul pembangkang ni.
Pelik sungguh, bagaimana PBT Pulau Pinang boleh tergerak hati untuk
meluluskan pemasangan banner berbaur hasutan ni?? Nampak sangat
penghasilan banner tersebut dihasilkan oleh geng PKR. Sebab memang sudah
terpampang tulisan ‘Keadilan Cabang Bayan Baru’ di banner tersebut.
Siap mempromosikan lagi tu dengan sertakan link facebook, twitter dan
Instagram. Pihak bertanggungjawab harus bertegas dengan tindakan
memalukan ini, tak kan nak bagi muka lagi?? Jangan jadi lembu yang
dicucuk hidung.
Kalau penguatkuasa pun dah kena beli dengan geng pembangkang Pakatan
Harapan ni, siapa lagi yang nak tegakkan keadilan?? Banyak sangat dah
nampak banner macam ni, seperti di Bayan Baru, Seberang Jaya dan Sungai
Dua. Tindakan PBT yang menghalalkan banner tersebut memang tidak boleh
diterima langsung!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Sejauh Mana Kebenaran Dakwaan Nazri Aziz 'Kaki Bodek'??
Benarkah dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz
sebenarnya seorang kaki ampu, kaki bodek, kaki kipas dan sebagainya??
Benarkah selama ini Nazri ikut bontot dan jilat kaki Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.??
Dakwaan liar tersebut datang dari Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia
(GKCM) yang membidas kenyataan Nazri, berhubung mencadangkan kepada
Majlis Tertinggi UMNO supaya menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin
suatu ketika dahulu.
Ehhhh, benarkah Nazri yang ‘tolong’ kipas perdana menteri supaya memecat
Muhyiddin jika dia enggan melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti
secara sukarela. Atau sebenarnya memang salah Muhyiddin pun kerana
kebiadapannya yang menikam belakang dan menjadi musuh dalam selimut
dalam parti UMNO, ekoran kritikannya terhadap Perdana Menteri secara
berterusan.
“Selepas Tengku Adnan, Ahmad Maslan dan dua budak Sabah, kini muncul
pula Nazri Aziz yang tampil dengan kenyataan bacul mengampu Presiden
UMNO.
“Nazri mungkin tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan di garisan
terakhir untuk mengampu Presiden yang menanti masa untuk rebah. Tuduhan
Nazri terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah melampau,” kata kenyataan
itu.
Melampau atau sememangnya kenyataan yang benar?? Tindakan Muhyiddin
sememangnya keterlaluan dan bukannya menjadi mangsa keadaan. Atau
sebenarnya gerakan anti perdana menteri ini dibayar untuk memburukkan
nama anggota-anggota UMNO?
Tuduhan tidak muhasabah turut dilemparkan apabila mereka menggelarkan
Nazri sebagai sampah dalam parti UMNO, perosak dan penambah masalah
dalam parti. Setiap tindak tanduk dan perjuangannya hanya untuk
mendapatkan ganjaran serta habuan.
“Nazri adalah antara karektor perosak dalam sejarah UMNO. Jika kita kaji
sejarah keruntuhaan empayar Rom, kita akan dapati bahawa sebab utamanya
ialah rasuah yang diamalkan oleh pembesar istana.Tindakan Nazri ini
sama dengan pembesar Rom yang mengampu untuk mendapatkan sesuatu,”
dakwanya.
Kutukan terhadap Nazri tidak terhenti disitu sahaja, malah mereka
menyifatkan Nazri sebagai anggota UMNO paling tidak berguna dan tiada
fungsi sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
“Tiada yang hebat tentang Nazri sebagai menteri, selain daripada
menunjuk lagak penyangak dan menentukan anak-anaknya hidup dalam
kemewahan. Selama Nazri menjadi menteri UMNO memang tidak mempunyai
sebarang keistimewaan.
“Kami sudah meluat melihat pemimpin seperti Nazri yang cuba
memperbodohkan kami untuk kesenangan mereka anak beranak,” ujarnya lagi.
Sejauh mana kebenaran dakwaan geng anti perdana menteri ni?? Apa bukti
yang menyatakan Nazri paling tidak berguna dalam UMNO? Apa bukti dia
kaki ampu dan kaki bodek. Boleh korang sebutkan tak?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Guan Eng LIDAH MACAM BIAWAK!!
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sememangnya layak diberi
gelaran lidah seperti biawak kerana percakapannya yang tidak serupa
bikin. Kenapa lidah macam biawak?? Sebab bercabang dua, sekejap cakap
itu sekejap cakap ini.
Lidah biawak Guan Eng terbukti apabila dia memberi amaran kepada Menteri
Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak masuk campur
urusan negeri yang di bawah pemerintahannya, Pulau Pinang.
Isu kontroversi yang dimaksudkan Guan Eng adalah isu pemecatan dua Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Pulau Pinang daripada syarikat
berkaitan kerajaan negeri (GLC). Mereka ini dipecat hanya kerana tidak
bersependapat dengannya dan mengambil langkang pengecualian dalam isu
penambakan laut.
Maknanya siapa yang tidak sokong kemahuan Guan Eng dipersilakan
berambus. Tindakan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Azmin.
Iyela, sebab ahlinya diperlakukan kejam sedemikian tanpa keadilan.
Tapi apa yang menghairankan, si Guan Eng ni bukan main lagi larang Azmin
masuk campur urusan negeri Pulau Pinang. Diri sendiri pulak macam
mana?? Bukankah dahulu Guan Eng beriya-iya masuk campur urusan Barisan
Nasional (BN) Kedah berkenaan krisis Menteri Besarnya.
Jadi sekarang ini Guan Eng nak nasihatkan Azmin pula. Ehhhhh, tak sedar
diri betul la orang tua ni. Bila diri sendiri masuk campur perihal
negeri lain takpe pula, bila orang lain nak masuk campur urusan yang
sememangnya ada kena mengena dengan dorang tak bagi. Hairan! Pelik betul
perangai biawak cina ni.
Tokong cina sorang ni bukan setakat lidah je bercabang dua macam biawak,
tapi perangai pun dah macam ular, senyap-senyap je sembur. Kekejaman
pemimpin DAP ini kian terserlah, gila kuasa!! Guan Eng kena ingat bahawa
dia tidak selamanya berkuasa, bila-bila masa je boleh jatuh.
Silap-silap anggota PKR sendiri akan jatuhkan DAP Pulau Pinang,
gara-gara perangai Guan Eng yang talam dua muka ni. Sepatutnya Guan Eng
menyelesaikan sebarang masalah di peringkat dalaman secara aman…
Bukannya dengan cara memecat siapa sahaja yang tidak menyokong
tindakannya. Kerja gila apa Guan Eng ni?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Rakyat Malaysia Memang Senang Kena ‘KENCING’
Bau 'hancing' satu Malaysia gara-gara penipuan dan maklumat tidak saheh
yang disebarkan oleh seorang mamat di Facebook ini. Kononnya dapat
maklumat dari ‘pihak’ orang dalam Kuala Lumpur International Airport
(KLIA), mengesahkan bahawa sebahagian daripada 1.5 juta pendatang warga
Bangladesh sudah sampai di Malaysia.
Habis kecoh satu Malaysia tak puas hati sebab kerajaan ‘kencing’, cakap
nak bekukan pengambilan tapi tuptuppp pendatang asing penuh di KLIA.
Berita palsu yang disebarkan oleh mamat Mohd Hafeezol Kasimi di laman
sosial ini membuatkan netizen naik angin dengan kerajaan.
Apa yang hairannya, dia sendiri tidak pasti dengan berita tersebut,
tetapi dia sendiri yang mengambil keputusan untuk sebarkan berita tidak
saheh tersebut. Kebangangan apakah makluk sorang ni? Bodoh agaknya!
Kalau dah tahu tak pasti kenapa sebarkan? Saja nak tambah dosa atau
macam mana.
Yang tak tahan siap maki hamun kerajaan, dakwa kerajaan sengaja cakap
nak bekukan pengambilan padahal itu semua cuma nak ambil hati, nak
mengaburi mata rakyat. Ehhh, budak ni memang tolol kan.
Lepas tu siap dakwa di sempadan Thailand ada lagi 20,000 pendatang
tengah tunggu giliran nak masuk Malaysia. Ehhh, maklumat bangang mana la
yang dia dapat tu… Elok la orang Malaysia sendiri yang kencing orang
Malaysia.. Hahaha, padan muka.
Cerita sebenar macam ni, gambar tersebut sebenarnya adalah satu proses
saringan yang dilakukan oleh pasukan Pemantau Unit Penguatkuasa KLIA.
Tindakan tersebut bagi mengekang kemasukan penumpang yang tidak mematuhi
syarat sebagai seorang pelawat yang sah untuk masuk ke negara ini.
Ada juga diantara mereka yang sudah lama bekerja di Malaysia tetapi
pulang bercuti di negara mereka sendiri. Jadi kiranya yang ramai-ramai
tu baru habis dari cuti la, sebab tu datang kembali ke Malaysia. Ada
faham??
Jadi jangan jadi bodoh dok percaya yang dorang ni adalah sebahagian
daripada 1.5 juta warga Bangladesh yang baru di bawa masuk ke Malaysia.
Rakyat Malaysia ni memang dungu kan?? Senang sangat percayakan khabar
angin, lepas tu hentam kerajaan kat Facebook. Padahal korang sendiri
tidak pasti dengan cerita tersebut. Tak takut dosa fitnah ke??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Dulu Nak 'HALALKAN' Ganja, Kini LUMBA HARAM Pula
Jika suatu ketika dahulu ada pemimpin akar umbi UMNO mencadangkan supaya
penggunaan ganja dihalalkan di Malaysia, kini perkara sama berulang
sekali lagi. Tapi kali ini ada pemimpin kanan parti Melayu UMNO meminta
supaya aktiviti lumba haram pula dihalalkan. Eshhhhhh, patut ke lumba
haram yang mengjengkelkan masyarakat umum dihalalkan??
Cadangan separuh gila itu diajukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan,
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Entah dimana hilangnya akal
Tengku Adnan atau Ku Nan, secara tiba-tiba bermurah hati nak halalkan
aktiviti lumba haram.
Nak jadi hero di mata Mat Rempit yang sekarang ini bertukar gelaran
kepada Mat Motor yang diberikan oleh Pekin Ibrahim tu ke?? Memang
bersorak sakan la si samseng jalanan tu kalau benar aktiviti lumba haram
diberi lesen sah untuk berlumba. Atau mungkin lepas ni lumba haram akan
ditukar nama menjadi lumba halal pulak.
Haishhh, apa dah jadi dengan sesetengah pemimpin UMNO ni?? Mungkin sudah
terpengaruh dengan bisikan syaiton pembangkang agaknya. Lebih
mengejutkan apabila Ku Nan mendakwa rata-rata Mat Motor bekerja dalam
sektor kerajaan. Eshhhh, bior bonar ni yop!! Data mana yang Ku Nan dapat
ni agak-agak lahhhhh!
Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, mereka perlu memikirkan mengenai
langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi gejala tidak sihat
tersebut, bukannya menggalakkan lagi kepada aktiviti tidak bermoral dan
merosakkan lagi masyarakat.
Kita tidak menolak kemungkinan kalau pemimpin menggalakkan lagi
aktiviti haram, pastinya makin bercambah samseng jalanan. Makin berani
dorang beraksi di atas jalan raya hingga membahaya nyawa orang lain.
Kegiatan jenayah dan samseng pasti akan berleluasa.
“Idea disebalik budaya lumba jalanan ialah membentuk kumpulan dan
berlumba sesama mereka – yang biasanya dianggap satu bentuk jenayah
terancang atau kegiatan samseng,
“Mesej sebegini oleh kerajaan adalah tidak wajar sama sekali.” kata
Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, Syerleena Abdul
Rashid.
Tak kan kita tak tahu banyak sangat kemalangan yang melibatkan geng
samseng jalanan dan mat rempit ni. Tak kan kita nak benarkan lagi dorang
bermaharajalela sesuka hati?? Kalau lumba haram pun dihalalkan, lepas
ni nak halalkan apa pulak?? Kedai mesin judi?? Kedai nombor ekor?? Atau
kelab-kelab malam dan perlacuran?
Mungkin Ku Nan stress kot masa keluarkan cadangan ni. Hahaha... Atau
mungkin Ku Nan terpengaruh dengan cara DAP yang suka menghalalkan
sesuatu yang haram...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Azmin Mahu Pakatan Harapan DIKUBURKAN - CheguBard
Bagaikan pisang goreng panas mengenai kemelut Menteri Besar Selangor
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung
pemecatan 2 Adun PKR.
Azmin yang cuba mempertahankan 2 anak buahnya di Pulau Pinang telah
dianggap sengaja mahu memecah-belah Pakatan Harapan (PH) oleh Ahli PKR
seumur hidup, Badrul Hisham Shahrin.
Menurut Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard, tindakan Azmin
menyelar tindakan Guan Eng memecat 2 Adun PKR adalah sengaja mahu
memecah-belahkan PH, kerana Azmin merupakan seorang pro-Pas.
Bagi membalas dendam terhadap DAP yang telah memutuskan hubungan dengan
Pas dan menguburkankan Pakatan Rakyat, Azmin mengambil peluang ini untuk
menyerang DAP.
"Serangan terbuka tanpa melalui proses dalaman ini sememangnya dirancang Azmin," kata Chegubard.
Benarkah Azmin mahu membalas dendam diatas perbuatan DAP terhadap Pas??
Kalau benar, mengapa dari dulu Azmin tidak mempertahankan Pas dan
menyatukan kedua-dua parti terbabit?? Takkan Chegubard mahu menjadi
penjilat DAP juga??
Kata Chegubard, isu pemecatan 2 Adun PKR Pulau Pinang adalah isu yang
kecil dan boleh diselesaikan tanpa Azmin menyelar tindakan Ketua Menteri
Pulau Pinang itu.
Lagipun, Azmin tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan pentadbiran
Guan Eng di Pulau Pinang... Azmin selaku Menteri Besar Selangor perlu
fokus terhadap pentadbiran di negeri itu sahaja.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
PAN Pertahankan Abang Long Dalam Kemelut DAP-PKR
Sebut saja Parti Amanah Negara (PAN), semua tahu parti dibawah pimpinan
Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu itu merupakan parti
acuan/suruhan DAP.
Bila dah jadi parti suruhan DAP..., dah tentu apa masalah atau keadaan
yang berlaku, PAN akan mempertahankan 'abang long' mereka... Bukan
setakat tu saja, segala arahan dari 'abang long' pasti dilaksanakan PAN.
Dalam isu kemelut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung pemecatan 2 Adun
PKR Pulau Pinang, PAN menyelar sikap Azmin yang mencampuri urusan 'abang
long' mereka.
Menurut PAN, Azmin tidak berhak mencampuri urusan pentadbiran negeri
Pulau Pinang yang memecat 2 Adun PKR, kerana tidak menyokong usul tambak
laut yang dibawa Guan Eng.
Tambah PAN lagi, 'abang long' mereka tidak pernah mencampuri urusan
pentadbiran Azmin di Selangor... Kenapa Azmin mahu mencampuri urusan
pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.
Kuat jilat betul pemimpin PAN ni ye... Bukannya nak selesaikan kemelut
Azmin-Guan Eng dengan baik... Tapi menyelar tindakan Azmin yang cuba
mempertahankan rakannya di Pulau Pinang.
Tahu laa PAN ni parti adik kepada DAP... Tapi agak-agak laa nak jilat
pun... Ke PAN dah tak sabar nak isi kekosongan yang ditinggal 2 Adun PKR
tu?? Tu yang jilat sakan tu??
Kalau PAN nak isi kekosongan tu..., PAN bagitau je, tak payah nak jilat
teruk sangat... Jijik tengok!! Macam laa orang tak tahu yang pemimpin
PAN ni gila jawatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Posts (Atom)