Wednesday, February 24, 2016

Dulu Nak 'HALALKAN' Ganja, Kini LUMBA HARAM Pula

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/02/Adnan1.jpg
Jika suatu ketika dahulu ada pemimpin akar umbi UMNO mencadangkan supaya penggunaan ganja dihalalkan di Malaysia, kini perkara sama berulang sekali lagi. Tapi kali ini ada pemimpin kanan parti Melayu UMNO meminta supaya aktiviti lumba haram pula dihalalkan. Eshhhhhh, patut ke lumba haram yang mengjengkelkan masyarakat umum dihalalkan??

Cadangan separuh gila itu diajukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Entah dimana hilangnya akal Tengku Adnan atau Ku Nan, secara tiba-tiba bermurah hati nak halalkan aktiviti lumba haram.

Nak jadi hero di mata Mat Rempit yang sekarang ini bertukar gelaran kepada Mat Motor yang diberikan oleh Pekin Ibrahim tu ke?? Memang bersorak sakan la si samseng jalanan tu kalau benar aktiviti lumba haram diberi lesen sah untuk berlumba. Atau mungkin lepas ni lumba haram akan ditukar nama menjadi lumba halal pulak.

Haishhh, apa dah jadi dengan sesetengah pemimpin UMNO ni?? Mungkin sudah terpengaruh dengan bisikan syaiton pembangkang agaknya. Lebih mengejutkan apabila Ku Nan mendakwa rata-rata Mat Motor bekerja dalam sektor kerajaan. Eshhhh, bior bonar ni yop!! Data mana yang Ku Nan dapat ni agak-agak lahhhhh!

Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, mereka perlu memikirkan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi gejala tidak sihat tersebut, bukannya menggalakkan lagi kepada aktiviti tidak bermoral dan merosakkan lagi masyarakat.

Kita tidak menolak kemungkinan kalau pemimpin menggalakkan lagi aktiviti haram, pastinya makin bercambah samseng jalanan. Makin berani dorang beraksi di atas jalan raya hingga membahaya nyawa orang lain. Kegiatan jenayah dan samseng pasti akan berleluasa.

“Idea disebalik budaya lumba jalanan ialah membentuk kumpulan dan berlumba sesama mereka – yang biasanya dianggap satu bentuk jenayah terancang atau kegiatan samseng,

“Mesej sebegini oleh kerajaan adalah tidak wajar sama sekali.” kata Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, Syerleena Abdul Rashid.

Tak kan kita tak tahu banyak sangat kemalangan yang melibatkan geng samseng jalanan dan mat rempit ni. Tak kan kita nak benarkan lagi dorang bermaharajalela sesuka hati?? Kalau lumba haram pun dihalalkan, lepas ni nak halalkan apa pulak?? Kedai mesin judi?? Kedai nombor ekor?? Atau kelab-kelab malam dan perlacuran?

Mungkin Ku Nan stress kot masa keluarkan cadangan ni. Hahaha... Atau mungkin Ku Nan terpengaruh dengan cara DAP yang suka menghalalkan sesuatu yang haram...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment