Monday, February 22, 2016

Perlekeh Surau KLIA, Mufti Perlis Kena 'Sekolah'

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin dikritik netizen kerana memperlekehkan kemudahan tempat solat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menarik juga: Pakai Songkok Lilit Putih, Dr. Maza Celaru Dalam Jawapan


Beliau sebelumnya mendakwa, tempat solat yang disediakan di lapangan terbang di Thailand lebih baik berbanding di Malaysia.

“Tempat solat Airport Bangkok (Thailand) ‘lebih nampak’ dibandingkan airport kita,” tulis Mohd. Asri dalam satu pos di akaun Facebook beliau hari ini.

Perbuatannya itu mengundang kritikan netizen yang menyifatkan tuduhan berkenaan tidak berasas kerana banyak tempat solat disediakan pihak KLIA untuk memudahkan umat Islam menunaikan solat.

Menerusi komen ramai yang memaklumkan, surau di KLIA yang kini terletak di Anjung Tinjau malah lebih luas dan selesa.

“Salam ustaz..surau di klia…terletak di anjung tinjau tuan…sbab perpindahan nye…menyediakan surau yg lebih besar dan luas..serta selesa..ustaz leh menghala ke anjung tinjau…surau di sebelah pej pos..kecik..dh xleh nak memuatkan ramai jemaah….signange pun bermula dari kedai cafe barbera…” kata pemilik akaun Facebook Zul Mimi. 

Azuan Ahmad Zahdi pula meninggalkan komen, “Banyak je Surau di KLIA tu. Kalau tak nak di Anjung Tinjau, yang lebih dekat pun banyak. Kalau nak sembahyang di mana-mana pun boleh. Tiada masalah “lebih nampak” atau perbandingan dengan airport kita”. 

Pemilik akaun Facebook Rosman Ramli turut menyelar tuduhan yang dilemparkan oleh Mufti Perlis itu.

“Tak perlu banding2kan kemudahan solat dlm dgn luar negara. Di mana2 pun bole solat asalkn tmpt nya bersih. Di singapore pun susah cari surau. Kat thailand pun takdela senang mana. Kat malaysia ni berlambak tmpat solat.. plg cokia pun kat petronas.. cuma yg tak blambak org yg solat bila masuk waktu.. tu yg pnting,” tulisnya. 

Pemilik akaun Facebook Abdul karim pula memberi pendapatnya, “Alhamdulillah.. suraunya lebih selesa dari sebelum yang terlalu jauh utk yg berumur berjalan kaki dan sukar dikesan utk mereka yg pertama kali ke klia. Ruang luas ke anjung tinjau tu lebih sesuai dan mudah dilihat oleh semua.. wallahualam”. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment