Wednesday, February 24, 2016

PBT Pulau Pinang Salah Guna Kuasa Halalkan Banner Anwar

https://lh3.googleusercontent.com/FgK6Ztco58y9vdDnnl3p6l4w9uBHoSu_3TG9fCGmYt-AjL3QxKUwydWihpem5QE1XqI=s630-fcrop64=1,00000000ffffffff
Hairan sangat bagaimana perkara sebegini boleh terjadi.. Apakah selama ini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pulau Pinang sedang tidur atau mereka pekakkan telinga menurut segala kehendak pembangkang?

Apa Majlis Bandaran Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Pembandaran Seberang Perai (MPSP) buat selama ini, sehingga mereka bertindak MENGHALALKAN setiap tindakan yang dilakukan oleh pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini.

Kena suap ke macam mana?? Hairan, macam mana dorang boleh benarkan banner besar ada muka Anwar Ibrahim dipaparkan dengan motif memburukkan kerajaan dan menghasut rakyat. Lebih mengejutkan, banner #BebaskanAnwar terpampang di beberapa kawasan di negeri tersebut.

Apa yang bertambah menyakitkan mata melihat adalah dalam banner tersebut tertera tulisan ‘BEBAS RAKYAT BEBAS ANWAR’, kononnya selama ini Anwar hanyalah mangsa tahanan politik yang zalim.

Padahal seperti korang semua sedia maklum, Anwar menjadi tahanan penjara kerana dia didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar sendiri yang ‘sangap’ terlebih nafsu binatang, tapi senang je dorang cakap Anwar tahanan politik.

Mungkin pembangkang ni nak lawan undang-undang negara kot. Tak boleh terima kenyataan keputusan mahkamah… Nak cabar undang-undang negara agaknya. Biadap betul pembangkang ni.

Pelik sungguh, bagaimana PBT Pulau Pinang boleh tergerak hati untuk meluluskan pemasangan banner berbaur hasutan ni?? Nampak sangat penghasilan banner tersebut dihasilkan oleh geng PKR. Sebab memang sudah terpampang tulisan ‘Keadilan Cabang Bayan Baru’ di banner tersebut.

Siap mempromosikan lagi tu dengan sertakan link facebook, twitter dan Instagram. Pihak bertanggungjawab harus bertegas dengan tindakan memalukan ini, tak kan nak bagi muka lagi?? Jangan jadi lembu yang dicucuk hidung.

Kalau penguatkuasa pun dah kena beli dengan geng pembangkang Pakatan Harapan ni, siapa lagi yang nak tegakkan keadilan?? Banyak sangat dah nampak banner macam ni, seperti di Bayan Baru, Seberang Jaya dan Sungai Dua. Tindakan PBT yang menghalalkan banner tersebut memang tidak boleh diterima langsung!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment