Tuesday, February 23, 2016
Pecat ADUN PKR Bukti Demokrasi Bermakna Jangan Berani Lawan DAP
NIBONG TEBAL : Setiausaha Organisasi Penaja Parti Alternatif
Rakyat (PAP), Rahmad Isahak berkata tindakan Dap memecat dua wakil
rakyat PKR sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri
(GLC) sudah dijangka dan sekaligus pemecatan itu membuktikan demokrasi
laungan parti cauvinis itu hanyalah satu propaganda.
Jelasnya, jika ada yang berani melawan cakap atau cuba menongkah arus pasti individu tersebut akan ‘dinyahkan’.
“Selain itu, saya beranggapan, pemecatan ini juga secara tidak
langsung menunjukkan sikap Dap yang lebih sinonim serta mempercayai
parti PAN daripada PKR dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14
nanti.
“Kepercayaan
Dap kepada PKR semakin merudum kerana sekarang ini mereka telah ada PAN
sebagai ganti untuk dikuda-kudakan. Ia sudah terbukti di mana dua
daripada lima Adun yang memilih berkecuali daripada mengundi menentang
usul UMNO untuk menghentikan semua projek penambakan di Pulau Pinang
sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri November lalu telahpun dikenakan
‘hukuman.
“Tiga lagi Adun bernasib baik kerana tiada jawatan dalam GLC. Namun
pada pandangan Dap sudah pasti mereka ini masih menjadi musuh dalam
selimut serta gunting dalam lipatan. Jika mereka silap langkah pasti
akan menerima balasannya nanti,” ujarnya kepada media.
Tambah Rahmad, demokrasi, integriti dan kebebasan bersuara yang
dilaung-laungkan Dap sebelum ini juga terbukti hanya satu permainan
politik mereka.
Kini PKR kata beliau lagi harus menerima hakikat bahawa kedudukan
mereka di bawah bumbung yang diterajui oleh Dap bukan lagi tempat yang
selamat untuk parti berkenaan berteduh.
“Saya percaya bahawa keputusan pemecatan berkenaan diambil oleh
kerajaan negeri Dap tanpa terlebih dahulu dibawa ke pengetahuan
mesyuarat Pakatan Harapan negeri. Kerana itulah Ketua Perhubungan PKR
negeri dan Timbalan Presiden PKR melenting serta meminta penjelasan
daripada Lim Guan Eng.
“Kini rakyat Pulau Pinang harus menilai bahawa kerajaan negeri yang
diterajui oleh Dap akan melakukan apa sahaja keputusan yang
menguntungkan mereka walaupun terpaksa ‘membunuh’ rakan kongsi mereka
sendiri. Tidak mustahil PKR bakal menerima nasib yang sama seperti yang
terjadi kepada Pas,” katanya.
Rahmad turut berbendapat, sudah sampai masanya untuk PKR menilai kembali kedudukan mereka bersama Dap.
“Janganlah terus bersandiwara semata-mata ingin berkongsi kuasa
politik sehingga sanggup membiarkan Adun mereka yang dipilih oleh rakyat
negeri ini diperlekehkan seperti boneka oleh Dap”, ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment