Tuesday, February 23, 2016

Senarai Baharu Exco Kedah Diperkenan Jemaah Pemangku Sultan

Akhirnya, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dapat menarik nafas lega apabila jemaah Pemangku Sultan telah memperkenankan senarai baharu ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) Kedah. Mereka bakal mengangkat sumpah jawatan itu pada Isnin ini.

Sebelum ini, kedengaran desas desus bahawa jemaah pemangku Sultan Kedah mahu agar senarai Exco Kedah yang lama dikekalkan.  Sekiranya ini berlaku maka ianya bakal mengundang masalah kepada Ahmad Bashah dalam mengemudi negeri Kedah dengan lebih berkesan.
ahmad bashah
Senarai itu telah dipersembahkan kepada Jemaah Pemangku Sultan pada hari Rabu baru-baru ini semasa Ahmad Bashah menghadiri Mesyuarat Ke-240 Majlis Raja-raja di Kuala Lumpur.

Buat masa ini kami belum mendapat senarai lengkap Exco Kedah yang baharu. Ianya hanya akan diketahui pada hari Isnin, 22 Februari.

Majlis mengangkat sumpah exco dan pengurniaan tauliah pelantikan itu dijadual berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Kemelut Menteri Besar di Kedah berakhir dengan perlantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanapiah. Kini rakyat negeri Kedah tertunggu-tunggu siapakah yang akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri yang baru bagi menggantikan senarai Exco yang lama.

Memang banyak andaian berlegar-legar di Wisma Darul Aman dengan pelbagai nama dikaitkan untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri Kedah. Masing-masing mempunyai pilihan tersendiri untuk menerajui portfolio kerja Kerajaan negeri.

Untuk makluman, adalah menjadi hak Menteri Besar yang baru untuk memberi cadangan senarai nama  bagi memudahkan beliau melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang.

Selepas pengumuman barisan exco ini nanti maka lengkaplah transformasi kepimpinan negeri Kedah yang pernah sedikit bergolak selama lebih kurang dua minggu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment