Tuesday, February 23, 2016

Peliklah Dengan Dia Sorang Ni.... PAS Saran Pembangkang Bersatu, Wujud Kerajaan Sementara

Walaupun dengan Adanya DAP... yang hina dan kutuk selama ini. Sanggup lagi nak katakan pada UMNO lagi teruk pemerintah. 

SHAH ALAM : PAS menyarankan penubuhan kerajaan teknokrat sebagai jalan untuk menyatukan parti pembangkang setelah Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam satu surat terbuka kepada parti pembangkang, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Umno-BN bukan lagi penyelamat negara tetapi punca masalahnya.


“Kerajaan teknokrat merupakan langkah ke hadapan bagi memberi peluang kepada tokoh dan cendekiawan menerajui hala tuju baru dan pentadbiran negara, manakala parti dan ahli politik sebagai wadah perubahan tersebut.


“Maksud kerajaan teknorat ialah sebuah sistem pemerintahan, kuasa parti politik terhadap negara hanya terhad untuk melantik kalangan profesional sebagai eksekutif pentadbir negara bermula daripada perdana menteri hingga ke peringkat bawahan,” katanya.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mencadangkan sebuah kerajaan dipimpin oleh teknokrat, tambahnya.


Katanya, sebelum ini, pemimpin parti politik yang biasa menjawat jawatan perdana menteri dan menteri,namun berbeza dengan konsep kerajaan teknokrat.


“Kuasa politik yang didapati melalui pilihan raya hanyalah sekadar kuasa untuk melantik siapa yang sesuai di kalangan professional untuk mentadbir negara.


“Dengan kerajaan teknorat, polemik sempit berdasarkan persepsi semata-mata, persaingan dan penindasan atas nama perbezaan parti politik, salah guna kuasa oleh ahli politik, kediktatoran seseorang ahli politik dan cara berpolitik fitnah dan durjana dapat dikurangkan,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment