Tuesday, February 23, 2016
Kenyataan "Peluru Darah Babi" Trump Cetus Kemarahan Islam Amerika
NEW YORK : Kakak kepada pelajar beragama Islam yang dibunuh tahun lalu
mencabar Donald Trump untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan calon presiden parti Republikan susulan kenyataannya mahu menghukum
pengganas Islam menggunakan peluru yang disalut darah babi.
Suzanne Barakat, 28, kakak kepada Daeh Barakat yang terkorban di
kediaman mereka di utara Carolina bersama isterinya, Yusor Abu Salha, 21
serta adik iparnya, Razan Abu Salha, 19 tahun lalu.
Ketika kejadian itu, pasangan berkenaan baru dua bulan bernikah dan
masih menuntut dalam bidang pergigian di Universiti Utara
Carolina-Chapel Hill, manakala Razan pula pelajar tahun dua universiti
sama.
Jiran mereka, Craig Hicks menyerah diri kepada polis dan telah didakwa
membunuh ketiga-tiga mangsa. Motif pembunuhan dikatakan melibatkan
pertelingkahan tempat letak kereta.
Selepas mendapat tahu mengenai komen Trump, Barakat menerusi akaun
Twitternya pada Ahad mengajak usahawan terkemuka Amerika Syarikat itu
bertemunya.
Daeh (kanan) dan Yusnor terbunuh selepas dua bulan bernikah.
"Jumpa saya secara berdepan dan beritahu jika adik saya, Yusnor dan Razak layak mendapat peluru sedemikian.
"Trump bercakap seolah-olah dia adalah pihak berkuasa kepada golongan Muslim di Amerika," katanya kepada New York Times.
Bagaimanapun, setakat ini, Trump, 69, masih belum memberi sebarang maklum balas berkaitan cadangan Barakat itu.
Ketika ini, Trump masih mengungguli carta pemilihan pendahuluan
Republikan berbanding calon lain walaupun dikecam banyak pihak kerana
sering menggunakan retorik anti-Islam dalam setiap kempennya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment