Rakyat Malaysia Seumur Hidup
Tuesday, February 23, 2016
‘Masyarakat Melayu Suka Memberikan Komentar Tanpa Ilmu’
SURAT UNTUK RAKYAT MALAYSIA
Assalamualaikum wbt.
Aku melihat rakyat Malaysia kini sudah dimomokkan dengan rasa tidak bersyukur dengan apa yang ada.
Setiap hari bermaharajalela mengkritik, mengutuk, mencaci apa sahaja
yang dilakukan oleh pihak Kerajaan. Barangkali si pemomok itu sudah
berjaya dengan agenda momokannya.
Sejuta satu qada’ dan qadar yang berlaku kini tidak lagi dipercayai
datangnya dari Tuhan, tetapi datang dari seorang makhluk bernama Najib
Razak.
Mereka mempercayai ilham kebaikan dan keburukan ini datangnya dari
tangan dan keringat makhluk ini. Kekayaan, kemiskinan, kesusahan,
malahan kejadian malang adalah hasil tangan makhluk bernama Najib Razak
ini.
Masyarakat
Melayu yang beragama Islam kini suka memberi komentar atas perkara yang
mereka tidak punyai ilmu. Semata-mata kerana meraikan nikmat kebebasan
bersuara tanpa sekatan di alam media maya.
Tidak diperdulikan lagi batasan adab dan tatasusila malah keinginan
untuk mencarut tidak lagi menjadi dilema moral kepada individu. Carutlah
engkau kerana engkau bebas!
Pada dasar hakikatnya, masyarakat Malaysia sudah terpesong. Air
sebagai nikmat dikatakan api yang mencederakan. Terlayang seketika
pemikiran dan akal atas tiupan angin emosi.
Masyarakat Malaysia kini gemar melihat apa yang ada pada pinggan nasi
orang lain. Sekiranya pinggan nasi mereka hanyalah nasi putih dan
garam, maka mereka berasa hasrat dengki kepada pinggan orang lain yang
berisi lauk pauk.
Namun, apa yang kereka ada adalah setimpal dengan usaha dikerjakan.
Maka mereka mula memfitnah orang lain kerana pinggan nasi mereka tidak
sama. Mereka mahu apa yang orang lain ada, dan orang lain pula perlu ada
apa yang mereka ada.
Inilah angin pencetus kegagalan moral dan etika yang dihembus oleh pakatan pembangkang di Malaysia.
Ya! Bangunlah wahai mereka yang tidak mempunyai kemewahan untuk
memberontak membakar segala keupayaan yang ada agar pinggan mereka
dipenuhi lauk-pauk yang begitu mewah seperti mana dijanjikan oleh corong
suara pakatan pembangkang.
Maka mereka yang mempunyai lauk-pauk yang sudah mewah juga bangkit,
kerana selalu dimomokkan tidak cukup, tidak cukup, tidak cukup!
Perjanjian akan tiada kuasa lain melainkan Tuhan telah diceroboh!
Kamu percaya bahawa kuasa yang menahan kamu dari mendapat lauk-pauk yang
mewah adalah daripada tangan seorang makhluk bernama Najib Razak.
Pakatan Pembangkang berjaya menghasut kamu untuk mempercayai apa
sahaja yang mereka katakan. Bila mereka kata Tabung Haji akan lunyai,
kamu percaya. Tetapi bila terbukti akan kepalsuan dakwaan mereka,
mengapa kamu tidak bangkit menyelar dan mencerca perbuatan hina
tersebut?
Kerana kamu bacul!
Tidak mahu menunjukkan perasaan kamu sebagaimana kamu membenci
makhluk bernama Najib Razak yang sudah terang-terangan tidak mempunyai
tangan dalam menetapkan hasil rezeki kamu!
Kamu diam. Tersipu malu dan akhirnya melupakan segala omongan kosong
dan fitmah yang benar tersebut! Mencari alasan, demi alasan bagi membela
pendirian kamu yang terdahulunya sudahpun terbukti sebagai satu fitnah
besar!
Dan sekarang kamu mengalihkan pandangan kamu kepada
perbualan-perbualan kecil. Isu Bangladesh kamu mahu marah, isu Nepal
meraba menjadi perbualan pokok kamu kerana hendak mengalihkan perhatian
kamu dari pembuktian kepada fitnah besar!
Maka bermainlah kamu, berbuailah kamu, dengan omongan-omongan pakatan pembangkang.
Selamat Amirul Bakir,
Rakyat Malaysia Seumur Hidup
Rakyat Malaysia Seumur Hidup
Nota:
* Surat terbuka ini telah dikirimkan oleh pembaca kepada Meja
Editorial, ia merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya
mewakili pandangan blog ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment